ARTIKEL SARAWAK VOICE

PONTIAN: “Kita perlu serius glokalkan produk dan perkhidmatan tempatan ke peringkat antarabangsa,” ujar Dr Zulkifli Khair pensyarah Fakulti Pengurusan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).Tambah beliau lagi, “jiran sebelah mungkin berkata apa yang kita buat biasa-biasa sahaja, namun hakikatnya ia unik dan bertaraf dunia.“Tempe dan kerepek mungkin biasa bagi kita, namun tidak di Eropah misalnya.“Begitu juga dengan seni budaya di kampung,” ujar Dr Zulkifli sewaktu mengendalikan Bengkel Cyber Copywriting di Pusat Ekonomi Digital Permatang Sepam, Benut, Pontian.

 

Baca Selanjutnya http://sarawakvoice.com/2017/01/31/bbengkel-cyber-copywriting-gglokalkan-produk-tempatan-secara-oonline/

KELAS LATIHAN ASAS MEDIA BARU

Khamis, 16 Mac telah diadakan Kelas Latihan Asas Media Baru kepada Usahawan iaitu Encik Paiman Bin Wagio yang dianjurkan oleh Pusat Ekonomi Digital Kampung Permatang Sepam. Beliau telah mengikuti latihan asas medium media sosial iaitu Whatsapp apps, kerana beliau sentiasa menggunakan  Whatsapp Apps untuk berurusan dalam menjalankan aktiviti perniagaan.

Lagi Gambar>>

 

KELAS INTEL EASY STEP (WANITA) KG.PERMATANG DUKU, BENUT

April, 1hb hingga 2hb seramai 10 orang Usahawanita dari Kampung Permatang Duku, Benut mengikuti Kelas Latihan Intel Easy Step yang dianjurkan oleh Pusat Ekonomi Digital Kampung Permatang Sepam. Mereka ini terdiri daripada ahli-ahli Kelab Wanita Sergep Permatang Duku bagi memenuhi aktiviti kelab mereka untuk tahun 2017 ini. Tujuan kelas ini diadakan adalah supaya setiap peserta memahami asas komputer, memahami dan menggunakan aplikasi komputer tertentu seperti grafik, pemprosesan kata, hamparan elektronik dan aplikasi multimedia. Selain dari itu tujuan mereka mengikuti kelas ini adalah untuk membantu meningkatkan tahap kemahiran dalam bidang komputer.

Lagi Gambar>>