KELAS INTEL EASY STEP (WANITA) KG.PERMATANG DUKU, BENUT

April, 1hb hingga 2hb seramai 10 orang Usahawanita dari Kampung Permatang Duku, Benut mengikuti Kelas Latihan Intel Easy Step yang dianjurkan oleh Pusat Ekonomi Digital Kampung Permatang Sepam. Mereka ini terdiri daripada ahli-ahli Kelab Wanita Sergep Permatang Duku bagi memenuhi aktiviti kelab mereka untuk tahun 2017 ini. Tujuan kelas ini diadakan adalah supaya setiap peserta memahami asas komputer, memahami dan menggunakan aplikasi komputer tertentu seperti grafik, pemprosesan kata, hamparan elektronik dan aplikasi multimedia. Selain dari itu tujuan mereka mengikuti kelas ini adalah untuk membantu meningkatkan tahap kemahiran dalam bidang komputer.

Lagi Gambar>>