Pusat Ekonomi Digital Kg Permatang Sepam dulunya dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Kg permatang Sepam mula beroperasi pada tahun 2009. Antara kemudahan yang disediakan adalah mesin cetak, mesin fotostat, mesin laminate, projector, dan skrin putih.

 

Pada tahun 2013 Pusat Ekonomi Digital Kg Permatang Sepam telah ditutup sementara untuk operasi menaiktaraf bangunan dan kemudahan. Terdapat 20 buah PC awam serta terdapat mesin fotostat, mesin binding, mesin laminate,smart board, mesin cetak dan tandas.