Pusat Internet Kg Permatang Sepam, Pontian, Johor mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami.

 

Pengenalan Pusat Ekonomi Digital:

Apakah Itu Pusat Internet  (PEDi)?

Projek di bawah Inisiatif JalurLebar Negara PEDi menyediakan capaian internet jalurlebar secara kolektif kepada masyarakat setempat di premis terpilih di seluruh negara 524 PEDi telah dibina diseluruh negara (kawasan luar bandar).

Pusat Ekonomi Digital adalah antara projek yang terawal di bawah inisiatif Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) di mana PEDi yang pertama telah dibina pada tahun 2007. Pusat Ekonomi Digital atau sebelumnya dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Berhad dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd.

 

Objektif Pusat Ekonomi Digital

Penyediaan perkhidmatan capaian internet dengan kelajuan sehingga 4Mbps di premis terpilih.

 

Tumpuan Kawasan luar bandar serta kumpulan yang kurang mendapat liputan di seluruh negara.

 

Status Sebanyak 592 PI telah siap dan beroperasi sepenuhnya.

 

Pusat Ekonomi Digital di bawah seliaan Telekom Malaysia sebanyak 396 P1IM di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

 

Pusat Internet Boleh Membantu Anda:

      • Latihan Pembelajaran ICT
      • Bimbingan Penggunaan ICT
      • Penggunaan Komputer dan Peralatannya