Mengenai PEDi Kg Permatang Sepam:

Pusat Ekonomi Digital Kg Permatang Sepam, Johor mula beroperasi pada tahun 2009. Pusat ini menempatkan 20 komputer yang canggih serta beberapa kemudahan lain seperti mesin potostat, mesin print, laminate dan lain – lain lagi. Pada awal penubuhan, Pusat Ekonomi Digital ini dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK), namun diberi penjenamaan semula tahun lalu dengan panggilan Pusat Ekonomi Digital Kg Permatang Sepam.

Objektif PEDi Kg Permatang Sepam bagi membantu masyarakat dan sekitar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi di samping berpeluang menikmati faedah melayari Internet seperti yang dirasai komuniti bandar, sekali gus merapatkan jurang digital antara penduduk luar bandar dengan bandar.

Dari sudut ekonomi, ia membolehkan penduduk kampung menceburi bidang perniagaan dengan memasarkan produk keluaran mereka di laman Internet melalui tunjuk ajar oleh 2 orang kakitangan di pusat ini.

PEDi mempunyai peralatan teknologi maklumat (IT) dengan penyambungan Internet yang menyediakan latihan dan penggunaan komputer kepada penduduk luar bandar.

Setakat ini, lebih dari 1, 414 ahli berdaftar di sini dan lebih dari 60, 000 pengguna yang menggunakan perkhidmatan kami sepanjang tempoh pembukaan Pusat Internet Kg Permatang Sepam, Johor.