APA ITU DASHBOARD KOMUNITI?
PI Dashboard merupakan satu aplikasi khas yang dibina untuk kegunaan komuniti setempat di sekitar Pusat Ekonomi Digital (PEDi). Ia mengambil kira keperluan komuniti setempat dari segi perhubungan, pembelajaran, perniagaan, kesihatan dan juga pentadbiran. Penggunaan aplikasi ini diharapkan dapat meningkatkan taraf sosio ekonomi setempat dan secara tidak langsung dapat merapatkan jurang digital antara komuniti bandar dengan luar bandar.
Justeru pada 19 Ogos 2016 bertempat di Pusat Ekonomi Digital Kg Permatang Sepam telah diadakan satu program iaitu Program Dashboard Komuniti Anjuran Bersama Kospen Kg Permatang Sepam. Seramai lebih lurang 80 orang penduduk kampung telah hadir bagi memeriahkan majlis ini. Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya adalah:
Taklimat Dashboard Komuniti
Pertandingan Mewarna Merdeka Dashboard
Pertandingan Kuiz Dashboard
Pertandingan Minuman Sihat I-Health
Pemeriksaan Kesihatan secara Percuma
Penyampaian Hadiah Kepada Para Pemenang
Penggunaan Dashboard Komuniti pada masa kini dapat membantu mempermudahkan kekomuniti hidupan masyarakat luar bandar disamping menaiktaraf sosio ekonomi penduduk setempat. Terdapat banyak faedah yang boleh didapati daripada penggunaan sistem dashboard ini.
Faedah-Faedah Dashboard Komuniti
- Menyediakan pengisian kandungan maklumat kepada komuniti tempatan.
- Menjadi tempat mendapatkan maklumat komuniti terkini.
- Menjadi tempat proses jual beli barangan secara atas talian.
- Membantu proses pembelajaran pelajar.
- Menyediakan saluran komunikasi antara komuniti dan penguatkuasa tempatan.
- Menyediakan satu saluran pihak sekolah untuk mendekati komuniti.
- Menyediakan tempat pemeriksaan tahap kesihatan komuniti setempat.