PAPAN TANDA

Fungsi papan tanda di setiap tempat sangat penting bagi memudahkan orang ramai mencari sesebuah lokasi. Tidak ketinggalan juga di Kampung Permatang Sepam ini juga disediakan kemudahan papan tanda dan pintu gerbang sebagai penanda lokasi.

 

KEMUDAHAN ASAS

          Di daerah Pontian terdapat banyak kemudahan asas disediakan bagi penduduk setempat. Di dalam daerah Pontian ini setiap mukim ada menyediakan kemudahan asas bagi memenuhi keperluan penduduk. Di mukim Benut ini sahaja terdapat banyak kemudahan asas yang boleh digunakan dan memudahkan penduduk menjalani aktiviti harian mereka. Antara kemudahan asas yang telah disediakan adalah seperti: 

    A) Masjid

    B) Surau

    c) Pasaraya

    D) Balai Polis

    E) Balai Bomba

    F) Dewan Serbaguna

    G) Bank

    H) Pejabat Pos

    I) Pusat Hemodialisis

    J) Klinik Kesihatan

    K) Taman Permainan

 

 

 

FUNGSI KEMUDAHAN ASAS DI MUKIM BENUT

Kemudahan Asas kepada penduduk sangat diperlukan oleh penduduk, justeru terdapat beberapa fungsi kemudahan asas di kawasan Mukim Benut ini antaranya adalah:

A) Masjid

Kemudahan Masjid di setiap kampung memudahkan penduduk untuk beribadah dan melakukan aktiviti keagamaan seperti , Tadarus Al-Quran, Berzanji, Khatam Al-Quran, dan sebagainya. Terdapat juga majlis-majlis keagamaan seperti Sambutan Maulidur Rasul, Tilawah Al-Quran, Ceramah Agama dan sebagainya.

B) Surau

Kemudahan Surau di setiap kampung memudahkan penduduk untuk melakukan aktiviti keagamaan seperti , Tadarus Al-Quran, Berzanji, Khatam Al-Quran, dan sebagainya. Selain itu, surau juga dijadikan tempet untuk penduduk bermesyuarah bagi menjalankan aktiviti kampung.

c) Pasaraya

Dikawasan Benut juga terdapat sebuah pasaraya iaitu Pasaraya Target yang menyediakan pelbagai barang seperti keperluan asas, barang dapur, ikan, sayur-sayuran,  dan sebagainya untuk penduduk. Harga di pasaraya itu juga terkawal dan berpatutan. Setiap hari ramai pengunjung membeli belah di pasaraya ini kerana kedudukannya yang hampir dengan kawasan perumahan penduduk di pekan Benut.

D) Pasar Ikan

Pasar Ikan Benut memenag tidak asing lagi pada warga tempatan yang duduk tidak jauh dari pekan Benut. Bagi penduduk setempat yang ingin membeli ikan segar di sinilah tempat yang akan dituju. Ini kerana seawal jam 5 pagi lagi peraih-peraih telah menjual ikan dengan harga yang murah bagi pembeli yang ingin membeli dengan harga borong. Makanan laut segar seperti ikan, ketam, udang, kupang, lokan, siput dan sebagainya ada dijual di sini dan harganya juga jauh lebih murah dan sangat memuaskan.

E) Terminal Bas

Di benut juga terdapat kemudahan terminal bas bagi memudahkan pengguuna yang ingin menuju ke destinasi pilihan. Antara destinasi perkhidmatan bas yang disediakan adalah ke arah Batu Pahat, Pontian & Simpang Rengam.

F) Dewan Serbaguna

Dikawasan mukim Benut ini juga disediakan Dewan Serbaguna untuk orang ramai di setiap kampung-kampung, tujuannya adalah bagi memudahkan penduduk setempat membuat pelbagai aktiviti disitu. Antara aktiviti yang biasa dilakukan adalah, majlis perkahwinan, ceramah-ceramah, pusat  penempatan sementara mangsa banjir, dan sebagainya.

G) Bank

Dikawasan pekan Benut juga disediakan kemudahan bank iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Rakyat, Mesin ATM Maybank, dan Mesin ATM Ambank. Dengan adanya bank dikawsan Benut lebih memudahkan urusan penduduk setempat untuk mengeluarkan atau menyimpan simpanan mereka.

H) Pejabat Pos

Di Pekan Benut menyediakan Pejabat Pos bagi memudahkan penduduk setempat membuat urusan seperti, penghantaran surat, penghantaran barang, pembayaran bil, memperbaharui lesen memandu, membuat kiriman wang pos dan sebagainya.

I) Pusat Hemodialisis

Pusat Rawatan hemodialisis yang terletak di Taman Desa Indah, benut ini memberikan perkhidmatan rawatan Hemodialisis kepada pesakit-pesakit 1 minggu 3 kali. Bagi pesakit yang memerlukan perkhidmatan ini boleh terus ke pusat rawatan dan membuat temujanji untuk rawatan yang selanjutnya.

J) Kedai makan 24 Jam

Kedai makan 24 jam D'Tepian Raudah terletak betul-betul di simpang empat lampu isyarat di pekan Benut ini. Kedudukan yang strategik memudahkan pengguna yang lalu lintas di Benut akan singgah makan di restoran ini. Makanan dan perkhidmatan terbaik disediakan kepada pelanggan yang singgah di restoran ini. Antara menu yang menjadi pilihan antaranya, Nasi Lemak Ayam, Chicken Chop, Mee Goreng, Nasi Goreng, Satay, Roti Nan Cheese, Ayam Tandori, Pelbagai Roti Canai dan banyak lagi.

K) Taman Permainan

Berhampiran dengan Kg.Permatang Sepam telah disediakan kemudahan taman permainan kanak-kanak iaitu Taman Rakyat 1 Malaysia bagi bertujuan untuk komuniti setempat beriadah dan merehatkan minda disitu. Taman permainan yang terletak di Kg. Lubuk Sipat Benut ini sentiasa dikunjungi kanak-kanak dan belia pada setiap waktu petang.

L) Kedai 7-Eleven

Kemudahan asas 24 jam seperti Kedai 7-Eleven juga ada di pekan Benut ini. Terdapat 2 buah kedai 7-Eleven yang beroperasi, tujuannya adalah memudahkan komuniti setempat yang memerlukan perkhidmatan di situ.Terdapat juga sebuah mesin ATM Ambank disediakan kepada penduduk setempat.