Tarikh 04.05.2019, Sabtu
Masa : 8.30 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat   : Sekitar Kampung Permatang Sepam dan Tanah Perkuburan Kampung Permatang Sepam

 

Pada 04 Mei 2019, Sabtu telah diadakan Program Gotong-Royong sempena menyambut Ramadhan 1440H/2019M. Program ini bermula pada jam 8.30 pagi dengan taklimat ringkas dan pembahagian tugasan oleh Ketua Kampung. Program melibatkan Belia Kampung Permatang Sepam dalam aktiviti gotong-royong.

Program Gotong Royong ini dapat mewujudkan kesan positif dari aktiviti gotong-royong bagi menangani gejala-gejala sosial dalam masyarakat seperti penagihan dadah dan kecurian, lebih-lebih lagi gotong-royong melibatkan penglibatan menyeluruh ahli masyarakat.

Antara aktiviti yang dilakukan adalah seperti meracun rumput, mencantas pokok, membersihkan surau dan masjid, membersihkan tanah perkuburan, mengecat batu nisan dan pelbagai lagi. Gotong-royong ini berakhir pada jam 12.30 tengah hari.

gotongroyong040519 10   gotongroyong040519 11

 

AKTIVITI MENGECAT SURAU TENGAH KG.PERMATANG SEPAM

Tarikh    : 21/01/2019, Isnin
Masa : 3.30 petang - 5.30 petang
Lokasi : Surau Tengah Kg. Permatang Sepam 

 

Isnin, 21 Januari 2019 yang lalu golongan belia kampung yang diketuai oleh En. Rizam bin Ismail telah mengadakan aktiviti gotong-royong mengecat dan membaik pulih bumbung di Surau Tengah Kg. Permatang Sepam. 

 

Lagi Gambar>>

BARAAN HARI RAYA AIDILFITRI 2018

Sabtu, 16 Jun yang lepas golongan pemuda, remaja, dan anak-anak Kg. Permatang Sepam telah mengadakan aktiviti tahunan iaitu Baraan Kampung sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Aktiviti yang diadakan pada setiap tahun ini adalah bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama warga kampung dan sekaligus dapat menziarah penduduk kampung dari rumah ke rumah.

PROGRAM ZIARAH RAMADHAN 2018

Tarikh    : 10/06/2018
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Lokasi : Kampung-Kampung yang terpilih 
Peserta : 11 orang peserta

 

Ahad, 10 Jun yang lalu Kelab Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Betak 1972 (SMKPB72) telah membuat satu program iaitu Program Ziarah Ramadhan dimana ahli kelab terlibat memberi sumbangan ikhlas membantu golongan yang kurang berkemampuan di sekitar kawasan kampung yang berhampiran. Sebanyak 20 buah rumah telah terpilih dan diberikan sedikit sumbangan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang.

SANTAI BERSAMA BELIA(PEMUDA) KG. PERMATANG SEPAM

Selasa, 1 Mei yang lepas telah diadakan Program Santai Bersama Belia (Pemuda) Kg.Permatang Sepam. Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya pertandingan futsal, pertandingan baling dat, jamuan barbeque dan penyampaian hadiah. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan ikatan silaturrahim antara pemuda di kampung ini.

Lagi Gambar>>