Pusat Ekonomi Digital

Pusat Ekonomi Digital adalah antara projek yang terawal di bawah inisiatif Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) di mana Pusat Ekonomi Digital yang pertama telah dibina pada tahun 2007. Projek ini telah membawa impak sosial dan juga ekonomi kepada masyarakat. Dilengkapkan dengan komputer meja serta perkakasannya beserta dengan capaian internet jalurlebar, Pusat Internet juga menawarkan peluang-peluang latihan berkaitan ICT yang dikendalikan oleh dua orang penyelia sepenuh masa di Pusat Internet tersebut.


Mulai tahun 2013, pelaksanaan PusatEkonomi Digital diperluaskan ke bandar dengan tumpuan di kawasan-kawasan penduduk yang berpendapatan rendah iaitu di Projek Perumahan Rakyat. Sebanyak 100 PusatEkonomi Digital di bandar telah ditetapkan untuk dibina sepanjang tahun 2013. Sebagai fasa rintis, Pusat Internet di PPR Seri Pantai telah dibina dan mula beroperasi pada bulan Mac 2013.

 

Perkhidmatan dan Latihan yang disediakan di Pusat Ekonomi Digital

  • Program Pembangunan Modal Insan & Keusahawanan
  • Kempen Kesedaran ICT 
  • Perkhidmatan eGovernment

PANDUAN LOKASI PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDi) KG. PERMATANG SEPAM

Peta Lokasi[Google Map]

 

Lokasi sesebuah tempat amat penting kepada setiap individu.Justeru bagi memudahkan para pelancong,penduduk setempat, atau sesiapa sahaja yang ingin mencari dimana lokasi terletaknya Pusat Ekonomi Digital Kg. Permatang Sepam adalah beberapa panduan yang boleh digunakan oleh mereka.

Langkah 1:

Melalui panduan "Google Map" pemandu arah boleh membuat carian di google dengan hanya menaip "PUSAT EKONOMI DIGITAL KAMPUNG PERMATANG SEPAM" dan terus membuat carian.

USAHAWAN DIGESA GUNA SEBAIK MUNGKIN PUSAT INTERNET

KUALA NERANG: Usahawan desa di negara ini digesa menggunakan Ekonomi Digital (PEDi) dalam mentransformasikan produk keluaran tempatan seiring dengan perkembangan teknologi maklumat yang kian pesat ketika ini. Ketua Sektor Digital dan Ekosistem Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus berkata, sebelum ini tahap capaian adalah rendah, namun ia telah berkembang melebihi 78 peratus dan ia adalah sesuatu yang baik untuk mentransformasikan pasaran sekali gus meningkatkan pendapatan masyarakat luar bandar.

Baca lagi http://www.astroawani.com/berita-malaysia/usahawan-digesa-guna-sebaik-mungkin-pusat-internet-1malaysia-151376

Sumber:http://www.astroawani.com/berita-malaysia/usahawan-digesa-guna-sebaik-mungkin-pusat-internet-1malaysia-151376

APLIKASI DASHBOARD MOBILE

 

Kepada semua Komuniti Pusat Ekonomi Digital telah ada satu aplikasi Dashboard menggunakan telefon pintar dimana anda boleh mendownload atau memuat turun aplikasi Dashboard ini pada telefon bimbit pengguna dengan membuka Play Store untuk memudahkan pengguna mengetahui aktiviti dan hal semasa melalui Dashboard hanya menggunakan terlefon pintar. Kita segala maklumat hanya di hujung jari anda sahaja.

TARIKH : 13.12.2018 | Khamis
MASA : 8.00 Pagi - 1.00 Petang
TEMPAT : Pusat Ekonomi Digital Kg. Permatang Sepam

AKTIVITI: Teka Ubat | Word Building | Kuiz Kesihatan | Senam Aerobik| Pemeriksaan Kesihatan | Mewarna Dewasa | Kanak-kanak Dan Remaja, Ceramah Gigi Sihat | Gigi Sihat Bersama Kanak-Kanak | Cipta Menu Sihat | Muat Naik Produk Dalam My Shop | Kuiz Kesihatan Dan Banyak Lagi