Latar Belakang

Puan Sahida menjual produk kecantikan DMS 360 Dermax  Superskin 360 Cantik Gebuss secara kecil-kecilan di sekitar Kg Permatang Sepam . Mula menjual produk tersebut pada bulan November 2015. Beliau menjual produk tersebut secara rumah-rumah ke rumah dan melalui rakan-rakan yang berada di sekitar Kg Permatang Sepam.

Beliau menghadiri kelas latihan di Pusat Internet Kg Permatang Sepam untuk belajar cara membina akaun facebook dan Instagram. Beliau juga belajar menggunakan aplikasi whatapps untuk menjual produk beliau. Kini beliau mahir menggunakan computer dan Internet dalam mempromosikan produk kecantikan beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM500 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah sekitar 50 orang. Ini kerana beliau menjual produk beliau hanya di sekitar kawasan yang berdekatan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau menghadiri kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg Permatang Sepam, Johor, beliau kini telah memiliki akaun facebook dan Instagram sendiri. Belaiu juga dapat mempromosikan produk kecantikan dan testimoni dari pembeli dan pengguna produk kencantikan beliau. Beliau juga diajar cara menggunakan aplikasi e-dagang  iaitu aplikasi perbankan secara atas talian. Dengan ini memudahkan beliau melihat transaksi pembayaran dari pembeli dan memudahkan beliau menghantar produk dengan mudah dan cepat kepada pembeli.

Kini pelanggan beliau dari seluruh Negara yang mana meraka mengetahui produk kecantikan beliau melalui facebook dan Instagram beliau. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM3000.

Apa yang dipelajari melalui PI

-    Asas membina akaun e-mail
-    Asas membina akaun facebook
-    Mempelajari cara membuat pemasasran online menggunakan FB Ads
-    Mempelajari  teknik letupkan jualan produk dengan menggunakan FB Ads.
-    Mempelajari teknik mengeditkan gambar yang mudah menggunakan MS Office Power Point daripada menggunakan Ptohoscape.
-    Mempelajari aplikasi perbankan secara online.
-    Mempelajari MS Office Excel untuk merekod hasil jualan produk dan dapat mengenal pasti produk kecantikan yang mempunyai potensi jualan yang tinggi.
-    Mempelajari menggnakan Instagram dalam mempromosikan produk kecantikan.

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

-    PI membantu mempromosikan produk dan teknik ayat dalam facebook
-    Memberi kelas tambahan dalam penggunaan computer dan Internet.

Online Platform

Facebook: https://www.facebook.com/rida.afiqa?fref=ts

Instagram: Cantik_gebu_langsing_dms

Wassap : 0167787146