MAJLIS GRADUASI PARA PELAJAR TABIKA KEMAS

Tarikh    : 18/11/2018
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengahhari
Lokasi : Dewan Terbuka Kg.Permatang Sepam, Benut, Pontian, Johor. 
Peserta :  100 orang

 

Ahad, 18 November yang lepas telah diadakan Majlis Graduasi dan Khatam Al-Quran Pelajar Tabika Kemas Kg.Permatang Sepam, Benut. Seramai 16 orang pelajar yang terdiri daripada usia 3 tahun hingga 6 tahun telah mengikuti aktiviti pada hari tersebut. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah dan jamuan kecil disediakan kepada para tetamu yang hadir pada hari tersebut.

  

Lagi Gambar>>

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI S.K. SERI JAYA

Tarikh    : 05/07/2018
Masa : 8.30 pagi - 11.00 pagi
Lokasi : Sek. Keb. Seri Jaya, Kg.Permatang Sepam, Benut 
Peserta : 100 orang

 

Khamis, 5 Julai yang lepas S.K Seri Jaya Kg. Permatang Sepam, Benut telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di sekolah mereka. Majlis yang disambut dengan penuh kemeriahan ini diadakan adalah bagi memupuk semangat silaturrahim sesama penduduk dan warga sekolah serta cikgu-cikgu. Antara juadah yang disediakan pada hari itu adalah ketupat, kuih-muih dan pelbagai jenis lauk-pauk yang disediakan secara gotong-royong antara warga sekolah dan penduduk kampung.

 

Lagi Gambar>>

SUKANNEKA TAHUNAN TABIKA KEMAS 2017

Ahad, 26 Novemberyang lalu Tabika Kemas Kg.Permatang Sepam telah mengadakan  tahunan sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Tabika 2017. Seramai 15 orang pelajar bersama-sama ibu bapa mereka telah menyertai program ini.Antara aktiviti yang dipertandingkan adalah, isi air menggunakan sudu, kutip gula-gula sebelah tangan terbanyak, kupas kulit epal paling panjang, cantum kawada terpanjang dan banyak lagi.

Lagi Gambar>>

PROGRAM KENALI DIRI KEMAS PARLIMEN PONTIAN

Tarikh    : 01/03/2018
Masa : 2.00 Petang- 5.00 Petang
Lokasi : Dewan Terbuka Kg Permatang Sepam, Benut, Pontian
Peserta : 80 Orang 

 

Khamis, 1 Mac yang lepas telah diadakan Program Kenali Diri KEMAS anjuran Parlimen Pontian di Dewan Terbuka Kg Permatang Sepam, Benut, Pontian. Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi pengetahuan dan memberi pendedahan kepada komuniti setempat perkara yang berkaitan dengan KEMAS.

Lagi Gambar>>

 

MAJLIS KHATAM AL-QURAN TADIKA KEMAS 2017

Ahad, 26 November yang lepas Tabika Kemas Kg.Permatang Sepam telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi anak-anak yang telah tamat belajar pada tahun ini. Majlis yang dimeriahkan dengan kehadiran ibu bapa dan warga wanita kampung telah membuatkan anak-anak lebih teruja dan gembira meraikan hari tersebut. Majlis yang berakhir pada jam 10.00 pagi itu diakhiri dengan pembahagian Bunga Telor sebagai tanda kenangan kepada para tetamu yang hadir.

Lagi Gambar>>