Tarikh   18.05.2019, Sabtu
Masa : 8.00 pagi
Tempat   : Surau Darat Kampung Permatang Sepam

 

Pada 18 Mei 2019, Sabtu, Sempena Ramadhan Al Mubarak 1440 Hijrah, satu program memasak bubur lambuk oleh Wanita Kampung Permatang Sepam telah diadakan. Program memasak bubur lambuk tersebut adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial kepada masyarakat setempat sempena bulan yang mulia ini.

Aktiviti merewang, memasak dan sehingga bubur lambuk ini diagihkan kepada penduduk telah disertai oleh ahli kariah Surau Darat dan Wanita Kampung Permatang Sepam. Aktiviti agihan bubur lambuk ini telah bermula seawal 2.00 petang dengan hampir 200 pek agihan bubur lambuk telah disampaikan kepada penduduk sebagai juadah bagi berbuka puasa. Agihan bubur lambuk tersebut tamat pada jam 4.00 petang.

Objektif program telah berjaya dicapai, dimana hubungan kerjasama antara AJK dan penduduk menjadi semakin rapat, di samping dapat membantu menjimatkan kos penduduk yang kurang berkemampuan.

 

BUBURLAMBUK2019 1  BUBURLAMBUK2019 6

Lagi Gambar>>

 

Tarikh       07.05.2019, Selasa
Masa : 2.00 petang
Tempat      : Balai Islam Kampung Permatang Palas

 

7 Mei 2019, Selasa PPK Kemas Kampung Permatang Palas telah mengadakan kelas Masakan. Menu masakan pada kali ini ialah Masak Ayam Kicap Berempah yang diajar oleh tenaga pengajar iaitu Puan Sarimah Binti Abdul dari Kemas Pontian. Setiap pelajar dapat merasai dan menyediakan bahan masakan tersebut.

Kelas ini diadakan dengan tujuan untuk memberi peluang kepada suri rumahtangga dan para belia menambahkan ilmu pengetahuan di dalam pelbagai bidang. Di samping itu, ia juga memberi dorongan kepada semua pihak untuk menambahkan pendapatan isi rumah. Kelas ini diadakan pada tiap-tiap hari Selasa yang bermula pada pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang.

070519PPKKEMASAYAMKICAP 1  070519PPKKEMASAYAMKICAP 2

Lagi Gambar>>

 

MAJLIS KHATAM AL-QURAN RAMADHAN

Ahad, 19 Mei yang lalu golongan wanita Kg. permatang Sepam telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran. Seramai lebih 20 orang wanita telah mengikuti program yang diadakan seawal jam 8 pagi lagi. Selain itu aktiviti seperti bacaan berzanzi juga diadakan bagi memeriahkan majlis sempena bulan Ramadhan ini.

 

Tarikh : 08.05.2019, Rabu
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Surau Tengah Kampung Permatang Sepam

 

Golongan wanita Kampung Permatang Sepam telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran pada 8 Mei 2019, Rabu yang melibatkan semua jemaah wanita kampung. Seramai lebih 20 orang wanita telah mengikuti program yang diadakan seawal jam 8 pagi lagi.

Tujuan program ini adalah untuk mewujudkan budaya membaca Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan ini. Selain itu, tidak langsung mengimarahkan Surau Tengah Kampung Permatang Sepam dengan amalan-amalan lain seperti mendengar ceramah tentang kebaikan bulan Ramdhan, bacaan berzanzi dan lain-lain.

Sepanjang Ramadhan, satu huruf al-Quran yang kita baca akan digandakan pahalanya oleh Allah SWT dan ia adalah amalan terbaik untuk kita meningkatkan mutu bacaan al-Quran. Selain itu, memastikan lebih ramai anggota masyarakat mencintai agama dan beramal dengan ilmu yang diperoleh melalui tadarus al-Quran.

Semoga pada bulan-bulan lain turut dilaksanakan amalan membaca Al-Quran dan menarik minat pemuda-pemuda dan wanita muda untuk membaca Al-Quran.

khatam080519 1  khatam080519 2

Lagi Gambar>>

 

DEMOSTRASI MASAKAN

Tarikh    : 01/03/2018
Masa : 2.00 Petang- 5.00 Petang
Lokasi : Dewan Terbuka Kg Permatang Sepam, Benut, Pontian
Peserta : 80 Orang 

 

Khamis, 1 Mac yang lepas Pejabat KEMAS Pontian telah mengadakan demostrasi masakan sempena Program Kenali Diri KEMAS Parlimen Pontian. Demostrasi masakan berasaskan makaroni menarik minat ramai penduduk kampung terutama golongan wanita yang ingin mencuba resepi-resepi baru daripada guru pembimbing. Program berakhir pada jam 5.00 petang dengan sedikit jamuan daripada demonstrasi tersebut.