Pusat Ekonomi Digital

Pusat Ekonomi Digital adalah antara projek yang terawal di bawah inisiatif Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) di mana Pusat Ekonomi Digital yang pertama telah dibina pada tahun 2007. Projek ini telah membawa impak sosial dan juga ekonomi kepada masyarakat. Dilengkapkan dengan komputer meja serta perkakasannya beserta dengan capaian internet jalurlebar, Pusat Internet juga menawarkan peluang-peluang latihan berkaitan ICT yang dikendalikan oleh dua orang penyelia sepenuh masa di Pusat Internet tersebut.


Mulai tahun 2013, pelaksanaan PusatEkonomi Digital diperluaskan ke bandar dengan tumpuan di kawasan-kawasan penduduk yang berpendapatan rendah iaitu di Projek Perumahan Rakyat. Sebanyak 100 PusatEkonomi Digital di bandar telah ditetapkan untuk dibina sepanjang tahun 2013. Sebagai fasa rintis, Pusat Internet di PPR Seri Pantai telah dibina dan mula beroperasi pada bulan Mac 2013.

 

Perkhidmatan dan Latihan yang disediakan di Pusat Ekonomi Digital

  • Program Pembangunan Modal Insan & Keusahawanan
  • Kempen Kesedaran ICT 
  • Perkhidmatan eGovernment