Sejarah Penubuhan Johor

 

Asal usul perkataan Johor diambil dari perkataan Arab “Jauhar” yang bermaksud “Permata Berharga”. Pengaruh Arab jelas kelihatan di mana para pedagang dari Arab telah datang ke sini bagi menjalankan perniagaan rempah yang sememangnya terkenal pada suatu ketika dahulu. Johor juga dikenali sebagai Hujung Tanah atau “Gangganu” oleh orang-orang Siam yang bermaksud “Batu Permata”.

 

Pembukaan negeri Johor bermula pada awal kurun ke-16 apabila Melaka telah ditawan oleh Portugis. Sultan Mahmud Syah yang merupakan pewaris terakhir takhta kerajaan Melaka telah melarikan diri dan membuka kerajaan Johor. Pada waktu itu, Johor telah meluaskan empayarnya sehingga ke Riau.

 

Sejarah Johor moden bermula di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar. Baginda telah ditabalkan menjadi sultan pada tahun 1866 seterusnya memegang gelaran “Seri Maharaja Johor”. Sultan Abu Bakar telah memperkenalkan Perlembagaan Johor seterusnya membawa perubahan dalam pentadbiran negeri Johor yang lebih efisyen. Perpindahan pusat pentadbiran kerajaan Johor di Teluk Belanga ke Tanjung Puteri pada tahun 1841 memberi kesan yang positif kepada Johor terutamanya dari segi pembangunan. Pembinaan bangunan kerajaan, balai polis, masjid, mahkamah dan istana besar jelas membuktikan Sultan Abu Bakar berhak menerima gelaran sebagai “Bapa Pembangunan Johor”.

 

Kini, Johor yang disempadani oleh Melaka, Pahang dan Singapura merupakan salah sebuah negeri yang pesat membangun dan maju di Malaysia.

 

Rujukan dari http://www.johor.gov.my/pelancongan/page/sejarah_penubuhan_johor

 

Asal Usul Nama Tempat

 

Pontian

 

Perkataan Pontian dikatakan berasal dari kata ‘Perhentian’. Perhentian yang dimaksudkan itu ialah Sungai Pontian Besar, tempat berteduh dari gelora Selat Melaka bagi kebanyakan para pelayar yang hendak ke Singapura atau ke Melaka. Ada yang menyebutnya sebagai tempat perhentian para lanun untuk menunggu mangsa yang melintasi kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, kuala Sungai Pontian Besar adalah tempat perhentian nelayan memunggah tangkapannya, sementara Pontian Kecil menjadi Bandar utama bagi daerah Pontian.

 

Rujukan dari http://www.johor.gov.my/pelancongan/page/asal_usul_nama_tempat

 

Pontian

 

Pontian ialah salah satu daerah di Johor, Malaysia yang terletak 62 kilometer dari Pusat Bandaraya Johor Bahru, ibu negeri Johor. Ibu daerah Pontian ialah Pontian Kechil. Kebanyakan kawasan di sini adalah terdiri daripada paya bakau. Menangkap ikan masih merupakan aktiviti utama penduduk di daerah ini.

 

Pontian diduduki oleh kaum Melayu yang berketurunan suku Melayu, Bugis dan Jawa. Melayu dan Bugis di kawasan pesisiran manakala Jawa di kawasan pedalaman. Kebanyakan Cina di Pontian adalah berketurunan Teochew.

 

Tanjung Piai terletak di Mukim Serkat, Pontian dan merupakan titik yang paling selatan di benua Asia.

 

Rujukan dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Pontian

 


 

Sejarah Benut

 

Mengikut sejarah dan cerita zaman dahulu ada seorang Pembesar Riau bernama Dato Sura telah meninggal dunia dalam jawatan itu dikurniakan kepada anak keduanya MOIN BIN DATO SURA (Digelar Dato Moin). Anak Allahyarham Dato Sura yang sulung bernama KESANG telah berjauh hati kerana beliau tidak dilantik menggantikan jawatan ayahandanya dan terus merajuk keluar dari Riau.

 

Kehilangan kekanda Dato Moin iaitu Kesang dari Riau telah merunsingkan Dato Moin, maka dengan pengikutnya seramai 400 orang telah meminta kebenaran dari DYMM Sultan Sulaiman untuk keluar mencari Kesang.

 

Dalam menyusuri Pantai Barat Johor, angkatan Dato Moin telah putus bekalan air dan makanan. Kebetulan angkatan telah berjumpa dengan Kuala Sungai dan terus mudik mencari air dan kayu api. Walaupun telah mendapat kayu dan air, angkatan terus mudik ke hulu sungai untuk menikmati keindahan alam sekeliling. Maka didapati tiada orang tinggal di kawasan yang dilawati itu. Oleh yang demikian, maka Dato Moin telah membuka kampung baru dengan pengikut-pengikutnya. Tempat tersebut terletak antara Kg Permatang Duku, Kg Permatang Sepam dan Parit Rambai yang ada sekarang. (Ada yang menyatakan kampung tersebut adalah Kg Parit Ketok).

 

Dalam perjalanan mudik ke hulu sungai didapati di kiri kanan sungai banyak ditumbuhi POKOK ASAM BUNUT. Sempena pokok asam tersebut terus dinamakan BENUT. Pentadbiran Mukim Benut telah dibuka pda tahun 1870.

 

Tahun 1900 nama-nama tokoh Bugis seperti Ambo Sulo bin Hj Umar Ambo Daik (Puang Sulo), Penghulu La Paduk, Hadadek bin Walinga, Daeng Ngating Bin Daeng Maborong, Ambo Tuo bin Daeng Marewok, adalah mereka yang bertanggungjawab memulakan tanam pertanian kelapa.

 

Rujukan dari Kompleks Mukim Benut

 

Benut

 

'Benut' adalah sebuah pekan di dalam daerah Pontian, Johor, Malaysia. Benut terletak diantara persimpangan menuju ke Batu Pahat dan Kluang. Pulau Pisang merupakan pulau yang terletak di Benut. Perkataan "benut" berasal dari sebatang pokok dipanggil "asam bunut".

 

Nama asal pekan tersebut ialah Bunut. Oleh kerana masyarakat Cina yang mendiami kawasan ini agak sukar menyebut "Bunut" tetapi menyebut "Benut" lama kelamaan ianya kekal menjadi Benut sehingga sekarang.

 

Populasi masyarakat Benut di dominasi oleh pelbagai kaum. Majoriti kaumnya ialah Bugis, Jawa, Melayu Asli, Cina dan sedikit India. Kaum Bugis,Cina dan India memonopoli bidang perniagaan seperti kedai runcit dan pemasaran hasil kampung. Kaum Jawa pula lebih kepada penanaman kelapa sawit dan tanaman buahan. Manakala Melayu Asli lebih kepada berniaga hasil tangkapan laut yang mana hasil tangkapan dijual terus kepada pelanggan serta lebih segar dan murah.

 

Perniagaan istimewa atau popular di Benut ialah penjualan barangan "Bundle" seperti peralatan terpakai elektrik, perhiasaan rumah, kerusi, meja dan lain-lain. Barangan tersebut amat berkualiti serta harga yang murah. Barangan terpakai ini di beli terus dari Singapura. Tempat tersebut terletak di Simpang Empat Benut menghala ke Simpang Renggam. Pada kebiasaannya aktiviti perniagaan dijalankan pada waktu malam sehingga jam dua pagi (mengikut hari-hari tertentu seperti musim-musim perayaan)

 

Benut mempunyai sebuah masjid yang besar dan indah. Ia terletak 500 meter dari simpang empat Benut menuju ke Batu Pahat. Terdapat juga surau-surau di sepanjang jalan ke Benut. Antara surau yang tercantik ialah Surau Nurul Falah Sungai Pinggan Benut. Ianya terletak 500 meter dari simpang empat Benut ke Pontian. Surau tersebut telah dinobatkan sebagai surau paling cemerlang daerah Pontian. Kriteria tersebut berdasarkan kepada aktiviti-aktivitinya, kebersihan, pengimarahan jemaah setiap waktu dan pengurusan yang efisyen. Surau tersebut mempunyai dewan serbaguna sendiri yang dinamakan Balai Islam. Aktiviti yang dijalankan di Balai Islam tersebut ialah kelas Tajwid Al-Quran, kelas fardhu ain, gotong royong, aktiviti-ktiviti kemasyarakatan dan mesyuarat jawatankuasa disamping pegawai-pegawai yang menerajui biro-biro.

 

Nama kampung-kampung di Benut mempunyai mitosnya yang tersendiri seperti Sungai Pinggan, Sepah Beruang, Puteri Menangis, Parit Gantung, dan membawa hingga ke pekan Sanglang dan Ayer Baloi. Cerita mitos tersebut amat popular dikalangan masyarakat tempatan. Di percayai, suatu ketika dahulu ada seorang Puteri Bunian yang di amanahkan untuk menjaga pinggan mangkuk bagi kenduri kahwin masyarakat Bunian. Terdapat juga orang-orang kampung yang meminjam pinggan tersebut tetapi tidak dipulangkan semula disebabkan ada yang dirosakkan oleh beruang yang banyak ketika itu (Kg. Sepah Beruang). Keadaan itu menyebabkan Puteri yang menjaga pinggan (Kg. Sungai Pinggan) kecewa lalu menanggis sepanjang masa (Kg. Puteri Menanggis). Akhirnya Puteri tersebut menggantung dirinya (Kg. Parit Gantung). Kematian Puteri ini disebarkan oleh burung-burung helang (Sang Helang/Sanglang) kepada semua penduduk kampung. Semua penduduk meratapi kematian Puteri Bunian sehingga mengalirkan air mata yang banyak (Ayer Baloi).

 

Tarikan pengunjung ke Benut yang lain ialah memancing udang galah sepit biru di Sungai Benut dan di Sungai Pinggan. Pada waktu cuti atau hari kelepasan umum, ramai pengunjung datang ke Sungai Pinggan untuk memancing udang galah. Tempat memancing khas telah dibina seperti jeti di tebing sungai. Walau bagaimanapun terdapat kaki-kaki pancing yang memancing di tepi jambatan, walaupun keadaan ini tidak digalakkan kerana risiko kemalangan.

 

Tempat-tempat makan seperti restoran atau kedai makan amat mudah didapati disepanjang jalan pekan Benut. Pengunjung boleh mencuba masakan yang lazat seperti ikan bakar, tom yam, masakan laut, sate, rojak, makanan tradisional dan lain-lain. Antara restoran yang popular di Benut ialah Restoran Tomyam YANEE, Restoran Burhani, Restoran Singgahsana, Restoran Asam Pedas ( dihadapan SMK Sri Tanjung) Restoran Raudhah dan lain-lain. Manakala kedai roti canai yang popular di Benut ialah Kedai Roti Canai Kari Kambing (Dari simpang empat menuju ke Pontian)dan Kedai Roti Canai yang terletak berhadapan dengan Balai Polis Benut.

 

Apabila berkunjung ke Benut pada hari Sabtu, di sebelah pagi hingga tenggah hari terdapat Pasar Lambak di Pekan Benut atau lebih popular dipanggil Tanjung. Pasar lambak di sini menjual aneka barangan runcit, pakaian, barangan keperluan harian, makanan, makanan tradisional bugis iaitu Burasak, kuih muih seperti putu piring, putu bambo, apam balik, buahan tempatan, petai, jering, sayuran kampung, ikan, siput sedut dan bermacam-macam lagi. Harga yang ditawarkan amat berpatutan.

 

Kemudahan prasarana juga memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi dan sosial di Benut. Kemudahan sekolah-sekolah menengah dan rendah banyak terdapat disini seperti Sekolah Menengah Benut, Sekolah Menengah Sri Tanjung, Sekolah Rendah Sri Tanjung, Sekolah Rendah Kebangsaan Benut dan lain-lain. Manakala sekolah agama pula ialah Sekolah Agama Bandar Benut yang menawarkan pembelajaran darjah satu hingga darjah enam. Terdapat juga sekolah agama penuh yang menawarkan pembelajaran kokorikulum sekolah kebangsaan di waktu pagi dan subjek agama di sebelah petang iaitu Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) bertempat di Jalan Kampung Lama Benut.

 

Kemudahan-kemudahan lain juga terdapat disini seperti Pejabat Pos Benut, BOMBA SUKARELAWAN, Balai Polis Benut, Balai Raya atau Dewan Orang Ramai Benut, Pasar Borong (yang beroperasi seawal 4 pagi hingga 8 pagi), Pasar Basah, Padang Futsal, Gelanggang Skateboard di Dataran Dato' Jalok, khidmat ATM Maybank di Pejabat Pos, ATM RHB di Stesen Minyak Petronas, ATM AMBank di Seven Eleven, Bank Rakyat Xcess dan Bank Simpanan Nasional. Stesen minyak di Benut pula ialah Petronas, BHP (telah di TUTUP) dan Shell. Manakala stesen pengangkutan awam bas dan teksi atau kereta sewa terletak di Pekan Benut (Tanjung). Untuk mendapatkan kemudahan perubatan, disini terdapat Klinik Kesihatan Kecil sementara berhadapan dengan SMK Sri Tanjung, Klinik Rashid, Klinik Mohamad dan Klinik Tan & Lam. Terdapat juga homestay yang popular seperti Homestay Tawakkal yang terletak berhampiran dengan Balai Polis Benut. Homestay tersebut menawarkan harga yang cukup berpatutan jika anda bermalam di Benut. Jika anda memerlukan penginapan yang lebih selesa lagi, anda boleh mengunjungi Homestay Parit Pinang bertempat di jalan menuju ke Simpang Renggam ( 4 kilometer dari simpang empat Benut).

 

Di simpang empat Benut kini telah dimajukan lagi dengan pembangunan yang pesat. Kepesatannya begitu drastik selaras dengan agenda pembangunan luar bandar. Terdapat pasaraya bertaraf "hyper market" seperti pasaraya Target di simpang empat, Pasaraya Ino Sepadu di jalan menuju ke Tanjung, Pasaraya YSL di Tanjung dan lain-lain yang telah pun memulakan operasinya. Bagi pengunjung-pengunjung, berikut adalah cadangan tempat-tempat membeli sarapan pagi :-

 

1). KEDAI ROTI CANAI LEMAN (Pekan Sanglang) - 8 KM menuju jalan ke Pontian dari Benut. 2). KEDAI HAWA NASI AMBENG (Tepi Jalan Pt. Jambi Darat) 8 KM jalan ke Batu Pahat dari Benut. 3). MEDAN SELERA TANJUNG ( Sebelah Perhentian Bas) 4). KOPITIAM RENGIT (Pekan Rengit)

 

Rujukan dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Benut

 

NAMA DAN SEJARAH KAMPUNG

Sejarah Kampung

Dibuka pada tahun 1890 oleh 4 orang peneroka dari Indonesia diketuai oleh Wak Soyo Bin Wongso telah mendarat ditebing Sungai Benut.Hanya 8 buah rumah sahaja didirikan ketika itu.Wak Soyo telah dipilih menjadi Ketua Kampung sehingga tahun 1940. Kemudian digantikan oleh Wak Ngasiman bin Kaiman.Selepas setahun jawatan tersebut telah digantikan oleh Tn. Hj. Abd. Rashid Bin Ramlan sehingga tahun 1989. Selepas itu digantikan oleh Tn. Hj. Haron Bin Tariman hingga tahun 2002.Pada 10 November 2014, jawatan tersebut telah disandang oelh En. Buang Bin Sa'don.

Nama batang Sepang timbul apabila terdapat sebatang kayu yang melindungi parit yang menyukarkan peneroka meneroka kawasan tersebut. Mereka mengambil kata sepakat untuk menamakan Kampung tersebut sebagai Kampung Batang Sepang menjadi Permatang Sepam. Berikut merupakan anggaran jumlah populasi penduduk di Kg.Permatang Sepam:

 

  DAHULU KINI
JUMLAH RUMAH 139 200
JUMLAH PENDUDUK 725 939
BANGSA MELAYU 593 630
BANGSA CINA 132 150
DEWASA 460 560
REMAJA 197 297
KANAK-KANAK 82 90