Wachaa Burger Parit Kadir

Butiran
:

Peminat burger tepi jalan? Haa Wachaa Burger dah upgrade tau burger tepi jalan jadi burger 5⭐️. Macam-macam menu burger yang korang boleh try dekat @wachaaburger. Ada lebih 30 jenis menu burger yang korang boleh dapatkan. Bukan kaleng-kaleng ni🤔.
Lepastu? Tak kan tengok je ? Jom la makan dekat @wachaaburger . Ajak family members, best friend, sedara mara makan dekat sini. Janji puas hati ❤️ .

Wachaa sentiasa menyediakan makanan dan minuman yang sedap untuk semua orang datang supaya mereka pulang dengan gembira hanya di WACHAA BURGER.

Stay Tune with Wachaa Burger. ( whatsapp.my/+60137340160 )

Kami menjanjikan kepuasan anda kerana Wachaa Burger menyediakan menu yang tersendiri . You are most welcome and Enjoy di Wachhhhhhhhhaaaaaaaaaaaa

Telefon : 013-7340160
Alamat : Wachaa Burger Parit Kadir, Jalan Parit Botak, Parit Botak, 83200 Senggarang, Johor
Waktu Operasi : 4.30 petang - 11.00 malam
Website : https://www.facebook.com/wachaaburger/

 

 WachaaBurger 2 WachaaBurger 15

Gambar disini

 

Tein,ot Cafe

Butiran
:

Berita baik untuk warga Parit Betak dan sekitar yang berdekatan dengannya. Musim covid ni, ramai yg takut nak keluar rumah, nak pergi kedai bersama keluarga pun takut. Perut pulak lapar. Tekak nak makan macam-macam. Korang lepasni takperlu fikir-fikir dah. Fikir Tein'ot Cafe jek. 😂 Mesti fikir nak makan macam-macam.

Kami ada menyediakan masakan makan damai bersama keluarga. Menu yang kami hidangkan pakej makan on9🥰. Apa tu makan on9?

Whatsapp kami di talian www.wasap.my/60122432344/makanon9

Hanya perlu sebut berapa orang makan? Kami akan bagi pakej harga untuk set makan malam bersama keluarga. Berserta nasi . Pakej yang diberi seperti order macam makan di kedai. Tapi sebenarnya makan di rumah 😁. Kami ada membuat perkhidmatan menghantar makan sampai ke depan pintu. Hanya perlu buka plastik rapping tu je dan makan beramai-ramai. Tidak perlu susah-susah nak bungkus. Pinggan mangkuk semua kami bagi .(lepas makan pulang balik tau).😂. Jangan simpan.🤣. Habis makan whatsapp je kami. Kami datang balik nanti ambil pingan mangkuk semua .

Menu yg paling special (korang kene cuba tk cuba tak tahu .)🤩🤩🤩🤩🤩
👉siakap telur masin butter cream
👉kailan goreng
👉telur dadar
👉bilis golek (ini buat selera padu trox)
Yang lain siakap masak stim /siakap masam masam manis/siakap 3 rasa.
Sup speapart
Steamboat

Yang dekat-dekat mana nak makan kat rumah tu, rojer jek. tekan link whatsapp yang dekat atas tu ye .

Kalau nak datang kedai.

Waktu Operasi :
Dari Jam 5.00 petang - 10.00 malam

Kedai Makan Teinot Cafe
83100 Parit Abas Benut, Johor
https://maps.app.goo.gl/rCuRnVciLWyjrZH7A

Telefon : 012-2432344
Alamat : No.1, Jalan Parit Abas, 82200, Benut, Pontian, Johor
Waktu Operasi : 5.00 petang - 10.00 malam
Website : https://www.facebook.com/Teinot-cafe-111442703971383/

 

 TeinotCafe 1 TeinotCafe 12

Gambar disini

Pondok-Pondok Cafe Ala Kampung

Butiran :

Menyediakan makanan ala kampung dan tradisional

Beraneka jenis ikan yang siap sedia dihidangkan

Paling menarik di sini adalah juice tower

Alamat : No. 1, Lot 173, Pulai Sebatang, (13.35 km) 82100 Pontian, Malaysia
Telefon : 012-745 2511
Waktu Operasi : 5.00 petang - 11.30 malam
 FB Page : Pondok-Pondok Kafe Ala Kampung

 

pondok2 10 pondok2 9

Gambar di sini

 

Restoran Sri Jaya Damai

Butiran
:

VIRAL di Rengit, Batu Pahat


Apa yang best dekat sini?


SHELLOUT PERTAMA DI RENGIT


Memang sedap, tak tahu la nak cakap, korang boleh rasa dan nilai sendiri macam mana. Yang penting makanan dia memang fresh dan quality makanan dia adalah yang terbaik selain service yg tiptop!


Ada menu tempatan dan Western.. menu2 baru mcm meatball cheese pon Ada! Yumm yumm


CEPAT!! CEPAT!!


Bawak family, kawan-kawan dan officemate datang sini, cuti sekolah pon da dekat. Tak RUGI kami selera di sini….

Lagi satu BOOKING awal-awal kalau nak makan sini, kalau tak… memang penuh la jawapnya

So ON tak ON nak makan di sini?

Untuk mengetahui lokasi kami, bleh wasap di link bawah ini 👇👇
www.wasap.my/601126116717/rssridamai

Telefon : 017-794 3877
Alamat : NO.4,JALAN RENGIT DAMAI, TAMAN RENGIT DAMAI, 83100 RENGIT, JOHOR. 83100 Batu Pahat, Johor, Malaysia
Waktu Operasi : 4.00 petang - 1.00 pagi
Website : https://www.facebook.com/restoransrijayadamai

 

 231120RestoranSriJayaDamai 231120RestoranSriJayaDamai9

Gambar disini

Asam Pedas Tambak

Butiran
: ASAM pedas bukanlah menu asing bagi penduduk negeri Johor dan boleh dikatakan menu wajib yang perlu ada bagi setiap rumah. Justeru, tidak hairanlah jika di pekan Batu Pahat sahaja terdapat puluhan kedai menyajikan hidangan utama asam pedas sejak awal pagi. Bagi pengusaha Asam Pedas Tambak di Medan Selera Jalan Rahmat, Mohd. Faiz Rahmat, 33, berkata, perniagaan itu adalah warisan keluarga. Beliau berkata, resipi asam pedas diwarisi daripada moyangnya yang pernah berniaga di Singapura sewaktu ketika dahulu. Beliau juga berkata, lebih 100 kilogram ikan merah dan jenahak disediakan untuk jualan setiap hari dan bertambah dua kali ganda pada cuti umum. Namun, katanya, ia bergantung kepada bekalan ikan segar berkenaan yang diperoleh dari Pasar Awam Batu Pahat.
Telefon : 017-782 3039
Alamat : NO3,4,5 Jalan Hamidon, 83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia
Waktu Operasi : 7.30 pagi - 3.00 petang
Website : https://www.facebook.com/Asam-Pedas-Tambak-1568349006787831

 

 asam pedas tambak 3 asam pedas tambak 1

Gambar disini