PROGRAM JOM DASHBOARD KOMUNITI & KEUSAHAWANAN 2016

Pada hari Khamis,24 Nov 2016 yang lepas bertempat di Perpustakaan Awam Pontian telah dijalankan satu program iaitu "Program Jom Dashboard Komuniti & Keusahawanan 2016".Program tersebut diadakan adalah untuk memperkenalkan dashboard komuniti kepada seluruh masyarakat terutama di daerah Pontian.Dashboard Komuniti adalah satu aplikasi khas yang dibina untuk kegunaan komuniti setempat. Ia diambil kira keperluan komuniti setempat dari segi perhubungan,pembelajaran,kesihatan,perniagaan dan pentadbiran.Penggunaan aplikasi ini diharapkan dapat meningkatkan taraf sosio ekonomi setempat dan secara tidak langsung dapat merapatkan jurang digital antara komuniti bandar dan luar bandar.

Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program ini ialah Kenali Dashboard (Taklimat & Penerangan Video Dashboard),Kuiz & Puzzle Dashboard, Taklimat Keusahawanan Online, Taklimat & Penerangan video e-waste (Kuiz & Puzzle), Kempen Kesedaran & Keselamatan Internet (KDB), Pemeriksaan Kesihatan (MyHealth), Pameran & juga Jualan. Dibawah ini disertakan gambar semasa aktiviti tersebut dijalankan.

 

Lagi Gambar>>