Pada Ahad, 04 Disember 2016 yang lepas, satu program iaitu Program Kenali Dashboard Komuniti Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Pulai Sebatang telah diadakan. Program ini merupakan sebuah program kluster PEDi Pontian yang bertujuan untuk mempromosi dan memperkenalkan Pusat Internet serta aplikasi baru iaitu Aplikasi Dashboard Komuniti. Program ini juga, salah satu medium  untuk merapatkan lagi hubungan antara petugas-petugas di Pusat Ekonomi Digital dengan penduduk setempat yang tinggal di sekitar Pusat Ekonomi Digital sejajar dengan objektif penubuhannya. Antara faedah-faedah dashboard komuniti kepada komuniti setempat adalah:

  • Menyediakan pengisian kandungan maklumat kepada komuniti tempatan.
  • Menjadi tempat mendapatkan maklumat komuniti terkini.
  • Menjadi tempat proses jual beli barangan secara atas talian.
  • Membantu proses pembelajaran pelajar.
  • Menyediakan saluran komunikasi antara komuniti dan penguatkuasa tempatan.
  • Menyediakan satu saluran pihak sekolah untuk mendekati komuniti.
  • Menyediakan tempat pemeriksaan tahap kesihatan komuniti setempat

 

Sempena program ini berlangsung, pelbagai aktiviti telah dirancang bagi menjayakan Program Kenali Dashboard Komuniti. Aktiviti utama bagi program ini adalah taklimat dan pameran Aplikasi Dashboard untuk memperkenalkan aplikasi ini dan langsung menjadi aplikasi kegunaan bagi komuniti setempat di dalam Daerah Pontian amnya. Selain itu, terdapat juga aktiviti-aktiviti lain antaranya taklimat ringkas e-waste, Kempen Klik Dengan Bijak, Pertandingan Kira Berat Replika Nenas, Pertandingan Masakan Kuih berasaskan ubi dan lain-lain.

 

Lagi Gambar>>