BENGKEL CYBER COPYWRITING (FACEBOOK)

Copywriting adalah ayat iklan atau juga disebut sebagai ayat jualan. Kandungan atau bahan bertulis yang ada disampaikan melalui media di Internet atau media cetak. Ayat iklan ini digunakan terutamanya sebagai alat pemasaran, selain bertujuan untuk memujuk seseorang/kumpulan memulakan interaksi serta untuk meningkatkan kesedaran tentang jenama barangan atau perkhidmatan.

15 Jan,2017 (Khamis) Pusat Ekonomi Digital telah mengadakan satu program anjuran bersama Universiti Teknologi Malaysia serta Pentadbiran Mukim benut telah membuat sebuah program iaitu Bengkel Cyber Copywriting. Program yang telah bermula seawal jam 9 pagi ini telah disertai seramai 30 orang para usahawan kampung yang bergiat aktif dalam bidang keusahawanan. Tujuan program ini adalah unutk melatih dan memahirkan para usahawan dalam mempromosikan perniagaan mereka menggunakan media sosial seperti laman mukabuku (facebook). Peserta juga dapat mempelajari teknik-teknik terbaru iaitu "pick-up line" sebagai ayat jualan serta latihan ringkas untuk lebih memantapkan perniagaan mereka unutk masa akan datang. Di akhir program semua peserta diberikan sijil peghargaan dan peserta yang terbaik telah diberikan hadiah berupa hamper. Program tamat pada jam 4.00 petang dan sedikit jamuan disediakan kepada para peserta dan tetamu.

 

Lagi Gambar>>