PROGRAM LITERASI ICT DASHBOARD KOMUNITI

Sabtu, 22 Julai yang lepas Pusat Ekonomi Digital telah mengadakan Program Literasi ICT Dashboard Komuniti bersama komuniti Kampung Permatang Sepam,Benut. Program yang dijalankan sepanjang hari berkenaan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari komuniti setempat itu. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Bengkel Fotografi dangan Smartfone, Jom Selamatkan Bumi Kita, Usahawan di Hujung Jari, Cyber Medic, Jom Semak Label Anda, Dashboard di Hati Komuniti dan Kuiz Online. Program yang berakhir pada jam 5.00 petang diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang.

 

Lagi Gambar>>