KELAS E-PEMBELAJARAN: SUSUN ABC

Tarikh    : 20/02/2018
Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengah hari
Lokasi : Bilik Latihan PEDi Kg Permatang Sepam
Peserta : 2 orang


Selasa, 20 Februari yang lepas telah diadakan kelas e-pembelajaran : susun ABC di Pusat Ekonomi Digital Kg. Permatang Sepam yang disertai oleh adik Nur Dayana Sofea dan adik Muhammad Zairell Ashraf. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pelajar asas mengenali huruf ABC supaya mereka lebih mudah faham untuk menggunakan komputer. Modul latihan yang digunakan adalah daripada abcya.com.