HARI BERSAMA KOMUNITI

Tarikh    : 21/07/2018
Masa : 2.00 petang - 6.00 petang
Lokasi : Pusat Ekonomi Digital Bandar Permas, Kukup Pontian 
Peserta : 85 orang peserta

 

Sabtu, 21 Julai yang lepas Pusat Ekonomi Digital Bandar Permas telah mengadakan Hari Bersama Komuniti. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program itu berlangsung antaranya taklimat Klik Dengan Bijak, pemeriksaan kesihatan, pertandingan mewarna, cabutan bertuah dan sebagainya. Majlis yang diadakan itu mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dari komuniti setempat dan pelbagai hadiah juga disediakan bagi peserta yang memenangi setiap acara yang dianjurkan. Majlis berakhir pada jam 6.00 petang.

 

Lagi gambar>>