Tarikh : 04.08.2023, Jumaat
Masa : 11.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : PEDi Kg Permatang Sepam
Peserta    

2 orang

 

Tujuan :

Kelas Programming Micro.bit Kanak-Kanak ini bertujuan:
1. Memahami fungsi penderia sentuh.
2. Memprogram penderia sentuh untuk mengawal micro:bit dan komponen luaran.

Aktiviti :

1. Memahami fungsi penderia sentuh melalui pembinaan penderia sentuh buatan sendiri.
2. Memprogram penderia sentuh untuk mengawal micro:bit dan komponen luaran, seperti LED, servo motor dan sebagainya.
3. Cara Memprogram Penderia Sentuh.
4. Menghasilkan projek figura lembu yang mengoyangkan ekornya apabila tanduknya disentuh.
5. Menerangkan fungsi semua perkakasan yang digunakan dalam pengisian pengaturcaraan.
6. Menghasilkan sambungan perkakasan produk reka bentuk yang mengeluarkan cahaya, bunyi dan pergerakan.

 

Bahan untuk menghasilkan projek figura lembu yang mengoyang ekornya apabila tanduknya disentuh:

1. Micro:bit + wayar usb + bekalan kuasa + 5 klip buaya.
2. Komputer.
3. Layari laman makecode.microbit.org .
4. Aluminium foil + kadbod + blu-tack.

 

Gambar Disini