PERTANDINGAN KOMPANG PERINGKAT ADUN BENUT

Jumaat, 19 Mei Sebuah pertandingan kompang telah diadakan di Benut sempena Karnival Muafakat Tani Benut Pontian. Seramai 9 buah kumpulan telah bertanding termasuklah wakil daripada Kampung Permatang Sepam, Benut yang terdiri daripada anak-anak yang berumur lingkungan 6-12 tahun. Mereka telah memenangi tempat ketiga di dalam pertandingan tersebut. namun apa yang lebih membanggakan dalam sejarah, nama mereka telah dimasukkan ke dalam " Malaysia Book of Record" kerana pada malam itu 9 buah kumpulan telah membuat persembahan kompang menggunakan 1 lagu. Hal ini begitu  membanggakan seluruh penduduk Benut lebih-lebih lagi Kampung Permatang Sepam.

  

Lagi Gambar>>