MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1438H KG PERMATANG SEPAM

Sabtu,21 Januari telah berlangsungnya sebuah program iaitu Majlis Sambutan Maulidurrasul 1438H di Dewan Terbuka Kg. Permatang Sepam.Majlis anjuran  gabungan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Badan Kebajikan Sekolah Agama, Sekolah Kebangsaan Seri Jaya Kampung permatang Sepam, Warga Penduduk Kampung Permatang Sepam & Kampung Permatang Palas. Penceramah yang dijemput adalah dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) iaitu Ybg. Ustaz Wan Sohor Bani Bin Leman, Pensyarah Fakulti Bahasa Arab & Pusat Asasi. Dengan Tema Maulidurrasul pada tahun ini adalah Ukhwah Islamiyyah Asas Penyatuan Ummah majlis telah diserikan dengan persembahan pembukaan Nasyid & Selawat Nabi dari para pelajar sekolah. Antara yang dijemput adalah warga Kampung Permatang Sepam & Kampung Permatang Palas, majlis yang bermula pada jam 7.00 malam berakhir jam 11.00 malam dan diakhiri dengan jamuan makan.

 

 Lagi Gambar>>