HIDUP SIHAT BEBAS SAKIT

Sabtu, 22 September yang lepas telah diadakan satu aktiviti anjuran KOSPEN Kg. Permatang Sepam iaitu "Hidup Sihat Bebas Sakit". Aktiviti yang bermula seawal jam 7 pagi itu telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk kampung. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut antaranya adalah, senaman aerobik, pertandingan larian, dan pemeriksaan kesihatan. Pihak dari Klinik Kesihatan Parit Ismail juga dijemput untuk membantu dan memberi tunjuk ajar dalam aktiviti pemeriksaan kesihatan. Majlis berakhir pada jam 11 pagi.

 Lagi Gambar>>