SAMBUTAN MAULIDURRASUL DI SEK. AGAMA KG. PERMATANG SEPAM

Selasa, 19 Disember telah diadakan Sambutan Maulidurrasul di Sek. Agama Kg. Permatang Sepam disini. Majlis anjuran Sek.Agama Kg. Permatang Sepam, Kg. Permatang Palas, dan Mukim Benut ini disambut dengan sangat meriah. Penceramah jemputan adalah Kadi daripada Pejabat Agama Daerah Pontian. Majlis yang bermula seawal pukul 7 pagi dimeriahkan dengan perarakan selawat ke atas Rasul, Nabi Muhammad S.A.W secara beramai-ramai mengelilingi kawasan sekolah.

Lagi Gambar>>