KENDURI SEKAMPUNG MUAFAKAT JOHOR

Sabtu, 21 April yang lalu telah diadakan Kenduri Sekampung Muafakat Johor yang diadakan di Sekolah Agama Seri Jaya, Kg Permatang Sepam. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Ir. Haji Hasni Bin Haji Mohammad dan mendapat sambutan yang sangat meriah oleh komuniti setempat. Pelbagai aktiviti seperti pemeriksaan kesihatan, ceramah agama dan sebagainya telah diadakan. Majlis berakhir dengan sedikit jamuan yang disediakan oleh warga kampung. http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/kenduri-sekampung-muafakat-johor-meriah-1.825003

Lagi Gambar>>