Tarikh 04.05.2019, Sabtu
Masa : 8.30 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat   : Sekitar Kampung Permatang Sepam dan Tanah Perkuburan Kampung Permatang Sepam

 

Pada 04 Mei 2019, Sabtu telah diadakan Program Gotong-Royong sempena menyambut Ramadhan 1440H/2019M. Program ini bermula pada jam 8.30 pagi dengan taklimat ringkas dan pembahagian tugasan oleh Ketua Kampung.

Program ini diadakan bagi menyemai semangat cintai alam sekitar disamping dapat meningkatkan rasa kekitaan, jatidiri, rasa prihatin, dan penyayang sesama MPKK, individu dan masyarakat amnya disamping membantu hasrat kerajaan untuk meneraju negara mara lebih ke depan dalam era globalisasi.

Antara aktiviti yang dilakukan adalah seperti meracun rumput, mencantas pokok, membersihkan surau dan masjid, membersihkan tanah perkuburan, mengecat batu nisan dan pelbagai lagi. Gotong-royong ini berakhir pada jam 12.30 tengah hari.

Program ini adalah anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Permatang Sepam.

 gotongroyong040519 8   gotongroyong040519 12

Lagi Gambar>>