TALIAN TELEFON TALIAN KASIH 15999
Kebelakangan ini terlalu banyak kes buli yang melibatkan pelajar yang menjadi perhatian media dan masyarakat. Mungkin ada orang sekeliling anda yang berhadapan dengan masalah buli dan tak tahu apa patut dilakukan?
Langkah-langkah yang perlu diambil ketika berlakunya kes buli.
#1
Ibu bapa perlu mengambil berat dan peka terhadap perubahan anak-anak sama ada dari segi fizikal mahupun emosi.
#2
Ibu bapa dan orang sekeliling disarankan untuk bertanya serta mendengar apa jua masalah yang diluahkan oleh mangsa.
#3
Berikan kata-kata dorongan serta semangat buat mangsa dan yakinkan yang mangsa dalam keadaan selamat.
#4
Laporkan kejadian pada pihak berkuatkuasa agar tindakan sewajarnya akan diambil.
Anda boleh hubungi nombor yang tertera seperti di bawah iaitu
Talian telefon Talian Kasih 15999
Hentikan Buli! #AntiBuli
Sumber daripada:https://sinar.fm/khas/anti-buli