USAHAWAN DIGESA GUNA SEBAIK MUNGKIN PUSAT INTERNET
KUALA NERANG: Usahawan desa di negara ini digesa menggunakan Ekonomi Digital (PEDi) dalam mentransformasikan produk keluaran tempatan seiring dengan perkembangan teknologi maklumat yang kian pesat ketika ini. Ketua Sektor Digital dan Ekosistem Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus berkata, sebelum ini tahap capaian adalah rendah, namun ia telah berkembang melebihi 78 peratus dan ia adalah sesuatu yang baik untuk mentransformasikan pasaran sekali gus meningkatkan pendapatan masyarakat luar bandar.