Pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK) sedang menganjurkan Kempen Media Sosial #SayangMalaysia melalui Pertandingan Foto dan Video Pendek 2018 di media sosial dengan subtema yang menarik bermula Januari hingga Disember 2018 mengikut tema-tema yang telah ditetapkan. Kempen ini juga merupakan inisiatif lautan biru kebangsaan (NBOS) antara Jabatan dan Agensi kerajaan serta pihak swasta.
Objektif pertandingan ini adalah sebagai salah satu usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pelancongan serta menggalakkan pelancong domestik dan luar negara menggunakan platform media sosial untuk mengabadikan detik indah dan keunikan semasa berada di Malaysia.
Syarat penyertaan adalah seperti berikut :
1. Tema #MyDestination, Tarikh Tutup : 1 Mac 2018 hingga 30 April 2018.
2. Wajib memuatnaik foto atau/dan video pendek.
3. Tempoh berdurasi video antara 30 hingga 60 saat.
4. Wajib memuatnaik di media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.
5. Wajib hashtag #SayangMalaysia dan hashtag #MyDestination.
6. Peserta boleh menyertai kesemua subtema sepanjang tahun 2018.
Maklumat lanjut berkaitan pertandingan ini boleh didapati di laman web rasmi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di http://www.motac.gov.my/sayangmalaysia.