PROGRAM GOTONG-ROYONG RAMADHAN AL-MUBARAKH
Jumaat, 19 Mei Persatuan Belia & Wanita Kampung Permatang Sepam telah mengadakan Program Gotong-Royong Ramadhan Al-Mubarakh sempena menyambut bulan puasa tahun ini. Antara aktiviti yang dilakukan adalah membersihkan kawasan kampung, membersihkan kawasan tanah perkuburan, memperbetulkan & memperbaharui pagar, mengecat tembok, membersihkan kawasan luar dan dalam surau dan sebagainya. Program yang bermula seawal jam 8 pagi berakhir pada jam 12 tengahhari.