Marhaban Di Aidilfitri
Apa Maksud Marhaban ? Marhaban " merupakan istilah yang diambil dari BAHASA ARAB..Ianya berasal dari akar kata " rahiba " yang bererti selamat datang. Di negeri Johor Marhaban juga dikenali sebagai "BARAAN" aktviti ini sangat sinonim setiap kali menjelang bulan Syawal. Kumpulan marhaban ini dibahagikan mengikut kategori iaitu kumpulan lelaki, wanita dan kanak-kanak.
Tidak ketinggalan juga di Kampung Permatang Sepam, aktiviti ini juga dilakukan pada setiap tahun dan sudah menjadi satu kemestian mereka berkunjung dari rumah ke rumah sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.Ternyata kemeriahan ini sentiasa dikekalkan dari satu generasi ke generasi yang seterusnya supaya tak luput dek zaman.
Pada Syawal yang ke-8 Kumpulan Wanita Kg Permatang Sepam telah mengadakan Marhaban sempena Aidilfitri 1436H.Aktiviti Marhaban ini telah dilakukan dari jam 8.30 pagi hingga jam 6 petang. Kumpulan Marhaban yang terdiri daripada kumpulan Wanita dan kanak-kanak mulai berkunjung dari sebuah rumah ke rumah yang lain dan biasanya sedikit juadah disediakan oleh tuan rumah sebagai tanda kasih menyambut kunjungan kumpulan marhaban ini.