JAMUAN AKHIR TAHUN TABIKA KEMAS KG. PERMATANG SEPAM, BENUT

Khamis, 23 November Tabika Kemas Kampung Permatang Sepam, Benut telah mengadakan jamuan akhir tahun bagi meraikan para pelajar bagi sesi 2017 ini. Seramai 16 orang pelajar yang terdiri daripada anak-anak berusia antara 4 hingga 6 tahun telah bersekolah di tabika ini. Mereka dijamukan dengan Nasi Ambeng iaitu makanan tradisi bangsa Jawa iaitu makan di dalam dulang.