Asam Pedas Tambak

Butiran
: ASAM pedas bukanlah menu asing bagi penduduk negeri Johor dan boleh dikatakan menu wajib yang perlu ada bagi setiap rumah. Justeru, tidak hairanlah jika di pekan Batu Pahat sahaja terdapat puluhan kedai menyajikan hidangan utama asam pedas sejak awal pagi. Bagi pengusaha Asam Pedas Tambak di Medan Selera Jalan Rahmat, Mohd. Faiz Rahmat, 33, berkata, perniagaan itu adalah warisan keluarga. Beliau berkata, resipi asam pedas diwarisi daripada moyangnya yang pernah berniaga di Singapura sewaktu ketika dahulu. Beliau juga berkata, lebih 100 kilogram ikan merah dan jenahak disediakan untuk jualan setiap hari dan bertambah dua kali ganda pada cuti umum. Namun, katanya, ia bergantung kepada bekalan ikan segar berkenaan yang diperoleh dari Pasar Awam Batu Pahat.
Telefon : 017-782 3039
Alamat : NO3,4,5 Jalan Hamidon, 83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia
Waktu Operasi : 7.30 pagi - 3.00 petang
Website : https://www.facebook.com/Asam-Pedas-Tambak-1568349006787831

 

 asam pedas tambak 3 asam pedas tambak 1

Gambar disini