AYAM PASU MEK
Rasai keenakan dan keempukan ayam yang diperapkan dengan rempah ratus istimewa serta di masak dalam Tempayan. Disajikan dengan sos pencicah yang mengandungi ramuan instimewa ini mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat. Selain itu terdapat juga pelanggan yang sanggup datang dari luar daerah semata-mata mahu membeli ayam tempayan mek ini. terdapat 2 harga iaitu 1 ekor ayam berharga RM 22 manakala untuk setengah ekor ayam pula berharga RM 14. Untuk menempah boleh hubungi atau Whatsapp di 0105270686/ 01123013497.
GERAI CENDOL MAHABBAH
Bagi penduduk sekitar kawasan Benut ini nama gerai Cendol Mahabbah ini sudah tidak asing lagi di ingatan mereka. sudah terbayang di ingatan mereka cendol yang dilimpahi dengan pelbagai isi seperti mangga, durian, laici, jagung dan banayk lagi memang membuatkan penggemar cendol menelan air liur. Anda boleh melayari aplikasi facebook Cendol Mahabbah ini di https://www.facebook.com/Cendol-Mahabbah-849582398522400/ untuk sebarang maklumat lanjut.
Restoran FaceFood Pontian
"Selamat datang ke Pontian Seaside Facefood Restoran", itulah slogan restoran makanan segera ini.Di sini para pengunjung boleh merasai masakan Malaysia , Cina dan Barat Tempatan moden. Hanya bahan-bahan segar dan rempah-rempah yang berkualiti dan halal digunakan untuk setiap hidangan anda.
GERAI ABC ILABOY
Gerai yang terletak di jalan besar Kg.Parit 1, Sanglang Ayer Baloi ini menjadi bualan mulut dari setiap kampung dan akhirnya sampai ke serata kawasan telah menjadi pusat tumpuan orang ramai di kawasan Benut,Pontian Johor." Mai Pakat Pekena Cendol" itulah slogan yang digunakan oleh pemilik kedai ini. Pelbagai menu makanan yang disediakan antaranya, ais kepal coklat, cendol durian, mee bandung special dan banyak lagi. Anda boleh melayari aplikasi facebook Gerai ABC IlaBoy di https://www.facebook.com/Geraiabcilaboy/ untuk sebarang maklumat lanjut.
Makanan Tradisi Masyarakat Melayu Johor
Masakan dan hidangan di Johor kebanyakkannya dipengaruhi dari Arab dan kepulauan-kepulauan Melayu. Terdapat sesetengah makanan ini, yang ramuannya begitu unik dan begitu sukar di dapati di negeri-negeri lain di Malaysia. Hanya di keraian-keraian tertentu sahaja makanan yang unik dini biasanya boleh didapati dan adakalanya anak Johor sendiri tidak mengenalinya.
Antara hidangan dan makanan yang menjadi lambang negeri Johor adalah seperti:
- Laksa Johor makanan yang berasal dari Johor. Ianya berbeza dari laksa penang kerana menggunakan santan kelapa untuk kuahnya.
- Mi bandung masakan yang berasal dari negeri Johor dan amat terkenal di Muar. Perkataan ‘bandung’ tidak berasal dari Bandung, Indonesia tetapi membawa maksud pelbagai bahan-bahan yang disatukan dari pelbagai rencah.
- Mi rebus makanan terkenal yang terkandung mi yang di celur dan di hidangkan bersama kuahnya tersendiri, telur rebus dan bahan sampingan.
- Arisa makanan unik yang jarang-jarang di temui sekali pun di Johor. Ianya biasa di hidangkan ketika majlis-majlis rasmi bagi golongan elit.
- Sate makanan kegemaran yang buakan lagi menjadi kegemaran warga Johor malah Malaysia. Daging lembu atau ayam berempah (kini dengan pelbagai jenis daging seperti rusa dan kambing) yang di bakar ini, boleh diperolehi di dalam mana-mana sahaja sekitar Johor.
- Telur pindang amat popular di majlis-majlis perkahwinan. Telur pindang ini adalah telur ayam yang di rebus selama beberapa jam bersama-sama rempah dan daun-daun.
- Roti Kirai/Roti Jala nama ini bersesuaian dengan rupanya yang seakan jala. Ianya di buat daripada adunan tepung dengan menggukan bekas acuan yang berlubang dan di masak di kuali leper. Kari ataupun serawa (santan yang di masak bersama gula merah/melaka dan daun pandan) menjadi sos yang dimakan bersama.
- Kacang pol
- Kuih Sirat
- Pisang Salai
- Otak-otak antara otk-otak yang terkenal adalah ‘otak-otak kempas’ dan ‘otak-otak gelang patah’.
- Nasi beriani Gam amat terkenal di daerah Batu Pahat.
- Soto boleh dimakan dengan mee mahupun nasi empet.
- Burasak sejenis makanan orang-orang bugis. Beras yang di bungkus dengan menggunakan daun pusang muda dan di masak besama santan. Boleh di dapati pada hari perayaan samada hari raya puasa atau hari raya korban.
- Halwa Maskat
- Kerutup Ikan
- Asam pedas daun kesum
- Pecal
- Tauhu bakar
- Pendaram
- Rojak petis
Pengaruh masakan Jawa juga banyak menyumbang kepada masakan Johor. Antaranya nasi ambeng, lontong dan ungkep. Nasi ambeng adalah nasi yang dihidangkan ketika majlis yasin ataupun tahlil. Hidangan ini biasanya di sediakan untuk empat orang yang akan makan di dalam satu hidangan yang sama di mana terdapat campuran lauk termasuk serunding kelapa, mi, iakan kering dan sebagainya.
Tidak ketinggalan juga, bontrot/berkat yang datangnya dari bahasa Jawa yang membawa maksud nasi yang dibungkus atau di sediakan bagi tetamu untuk di bawa pulang apabila menghadiri majlis (perkahwinan, yasin atau tahlil).
Sumber rujukan: http://www.johor.gov.my
Halaman 2 dari 2