Prasarana di Mukim Benut

 

Kemudahan prasarana juga memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi, pendidikan dan sosial di Pontian. Kemudahan pendidikan yang terdapat di Daerah Pontian adalah seperti Institusi Pengajian Tinggi, Pusat Kemaharian, Sekolah Menengah Kebangsaan dan Agama, Sekolah Rendah Kebangsaan dan Agama,Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak.

Manakala di Mukim Benut terdapat Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Kebangsaan yang terdiri seperti Sekolah Menengah Benut, Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Betak, Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Jaya , Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Setia dan lain-lain.

Sekolah Agama pula ialah Sekolah Agama Bandar Benut yang menawarkan pembelajaran darjah satu hingga darjah enam. Terdapat juga Sekolah Agama Penuh yang menawarkan pembelajaran kokorikulum sekolah kebangsaan di waktu pagi dan subjek agama di sebelah petang iaitu Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) bertempat di Jalan Kampung Lama Benut.

Di Mukim Benut terdapat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak.

Berikut adalah Senarai Sekolah yang terdapat di Mukim Benut :

Sekolah Rendah   Agama Bantuan Kerajaaan

1. Sekolah Rendah Agama Bersepadu ( SRAB )

 

Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaaan

1. SM Agama (ARAB) An-Nur

Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia

Maklumat mengenai Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia 2017

 

KADS1MInfo

 

Sumber Rujukan : https://www.mohe.gov.my

Semakan Tawaran Penempatan Murid Tingkatan Empat(4) Ambilan 2/2017 Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tahun 2017

Kepada Pelajar Tingakat Empat (4) anda kini boleh menyemak keputusan permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Ambilan 2/2017.

Keputusan penempatan  murid Tingkatan Empat Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pendidikan Malaysia Ambilan 2/2017 boleh disemak mulai 28 Februari sehingga 13 Mac 2017 di https://sst4.moe.gov.my.

 

Sumber Rujukan : http://www.moe.gov.my