JAMUAN AKHIR TAHUN TABIKA KEMAS KG. PERMATANG SEPAM, BENUT

Khamis, 23 November Tabika Kemas Kampung Permatang Sepam, Benut telah mengadakan jamuan akhir tahun bagi meraikan para pelajar bagi sesi 2017 ini. Seramai 16 orang pelajar yang terdiri daripada anak-anak berusia antara 4 hingga 6 tahun telah bersekolah di tabika ini. Mereka dijamukan dengan Nasi Ambeng iaitu makanan tradisi bangsa Jawa iaitu makan di dalam dulang.

HARI GRADUASI TABIKA KEMAS KG. PERMATANG SEPAM

Sabtu, 18 November telah berlangsungnya Hari Graduasi Tabika Kemas Kampung Permatang Sepam bagi pelajar yang berusia 6 tahun. Majlis itu diadakan di Rumah Citra Sri Pinang, Benut, Pontian, Johor. Majlis ini dirasmikan oleh Y.B Ahmad Bin Maslan dan berakhir pada jam 2.00 petang.

Tawaran Biasiswa New Zealand ASEAN Scholar Award bagi tahun 2017

Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menerima makluman dari NEW ZEALAND FOREIGN AFFAIRS & TRADE mengenai tawaran biasiswa New Zealand ASEAN Scholar Awards kepada pelajar-pelajar Malaysia yang berkelayakan bagi tahun akademik yang bermula pada 2017.

Tawaran biasiswa tersebut menawarkan biasiswa (Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan PhD) di dalam bidang Agriculture Development, Renewable Energy, Disaster Risk Management, Public Sector Management and Private Sector Development. Permohonan tawaran biasiswa tersebut adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.

Tarikh tutup : 30 March 2017


Maklumat lanjut
https://www.mfat.govt.nz/en/aid-and-development/scholarships/

Maklumat am
https://www.mfat.govt.nz/en/

Kursus ditawarkan
https://www.mfat.govt.nz/en/aid-and-development/scholarships/what-can-i-study

Kelayakan Pemohon
https://www.mfat.govt.nz/en/aid-and-development/scholarships/application-guidance/
https://www.mfat.govt.nz/en/aid-and-development/scholarships/who-can-apply-for-a-scholarship-3/malaysia-scholarships-2/

Permohonan Online
https://www.mfat.govt.nz/en/aid-and-development/scholarships/how-to-apply/

Pertanyaan
Margaret Low
Phone: +03-20784612
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Semua permohonan adalah melalui online dan dibuka sehingga 30 March 2017 (waktu New Zealand).

Untuk lanjut pertanyaan sila hubungi pegawai berikut:

Puan haznizah Binti Hamdan
03-8870 6387
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

Sumber Rujukan : https://www.mohe.gov.my

 

 

HARI KANTIN SEKOLAH

Isnin, 30 Oktober yang lepas telah diadakan Hari Kantin Sekolah 2017 di Sekolah Kebangsaan Seri Jaya, Kg. Permatang Sepam, Benut. Pelbagai aktiviti jualan seperti makanan, minuman, cenderahati dan juga pameran telah diadakan di sekolah. Tujuan diadakan Hari Kantin di sekolah adalah untuk memupuk semangat berniaga dalan diri anak-anak sekolah.Selain itu dapat membantu dan membuka peluang kepada mereka yang ingin berniaga.

Tawaran Belt & Road Scholarship Hong Kong Government Scholarship 2017

Kerajaan Hong Kong menawarkan peluang kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengikuti program biasiswa di bawah tajaan Belt & Road Scholarship bagi peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan PhD bagi kemasukan akademik 2016-2017 di Hong Kong.

Semua permohonan adalah melalui online dan dibuka sehingga 30 April 2017.

Maklumat Am
http://www.studyinhongkong.edu.hk/en/hong-kong-education/introduction.php

Maklumat Lanjut
http://www.studyinhongkong.edu.hk/en/hong-kong-education/scholarships.php#bars

Tarikh Tutup
30 April 2017

Pertanyaan
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Sumber Rujukan : https://www.mohe.gov.my/