KELAS ASAS KOMPUTER 

Tarikh    : 26/01/2019, Sabtu
Masa : 9:30 pagi - 11.30 pagi
Lokasi : Bilik Latihan Pusat Internet Kg. Permatang Sepam 
Peserta : 10 orang

 

Sabtu, 26 Januari yang lalu Pusat Internet Kampung Permatang Sepam telah mengadakan kelas asas komputer. Modul kelas pada hari itu adalah "Typing As Programmer' iaitu Modul Asas Menaip menggunakan laman sesawang https://www.how-to-type.com. Tujuan kelas itu diadakan adalah untuk membantu para pelajar menguasai kemahiran menaip menggunakan komputer.

KELAS ASAS KOMPUTER 

Tarikh    : 26/01/2019, Jumaat
Masa : 9:30 pagi - 11.30 pagi
Lokasi : Bilik Latihan Pusat Internet Kg. Permatang Sepam 
Peserta : 2 orang

 

Sabtu, 26 Januari yang lalu Pusat Internet Kampung Permatang Sepam telah mengadakan kelas asas komputer iaitu Modul: Asas Tetikus (Mouse). Seramai 2 orang pelajar yang berumur 4 tahun telah menyertai kelas tersebut yang menggunakan laman sesawang education gaming.

  

 

MODUL : ASAS PENGGUNAAN TETIKUS

Tarikh    : 17/01/2019, Khamis
Masa : 11.00 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi : Bilik Latihan Pusat Internet Kg. Permatang Sepam 
Peserta : 18 orang
 
Khamis, 17 Januari yang lalu seramai 18 orang pelajar Tabika Kemas Kampung Permatang Sepam telah hadir ke kelas Asas Penggunaan Tetikus (mouse). Tujuan kelas ini adalah untuk kemahiran cara memegang dan menggerakkan tetikus. Pelajar diberikan permainan online dimana pelajar perlu mencari dan meletakkan barang mengikut arahan dan gambar yang diberikan. Kelas berakhir pada jam 12.00 tengah hari.
 
 asasmouse 4 asasmouse 3
 

KELAS TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI

Tarikh    : 24/01/2019, Khamis
Masa : 10.30 pagi - 11.30 petang
Lokasi : Bilik Latihan Pusat Internet Kg. Permatang Sepam 
Peserta : 1 orang

 

Khamis, 24 Januari yang lepas telah diadakan Kelas Teknologi Maklumat Dan Komunikasi di Pusat Internet Kampung Permatang Sepam, Benut. Pada hari tersebut Usahawanita tempatan iaitu, Puan Hasmawati Hamzah telah mempelajari Modul: Emel & Emel Mobile.

 

MODUL: PENGENALAN PERKAKASAN KOMPUTER

Tarikh    : 10/01/2019, Khamis
Masa : 11.00 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi : Bilik Latihan Pusat Internet Kg. Permatang Sepam 
Peserta : 18 orang 

 

Khamis, 10 Januari yang lalu seramai 18 orang pelajar daripada Tabika Kemas Kg. Permatang Sepam telah hadir ke kelas komputer mingguan di Pusat Internet Kampung Permatang Sepam. Modul yang dipelajari pada hari tersebut adalah mengenai perkakasan komputer dan berkenalan dengan tetikus (mouse). Kelas berakhir pada jam 12 tengah hari.

 perkakasankomputer 3 perkakasankomputer 6

 Lagi Gambar>>