KELAS MINGGUAN PELAJAR TADIKA KEMAS

Tarikh    : 09/08/2018
Masa : 11.00 pagi - 12.00 tengahhari
Lokasi : Bilik Latihan Pusat Internet Kg. Permatang Sepam 
Peserta : 8 orang 

 

Khamis, 9 Ogos yang lepas seramai 8 orang pelajar daripada Tadika KEMAS Kg. Permatang Sepam telah hadir ke kelas komputer mingguan di  Pusat Internet Kampung Permatang Sepam. Antara modul yang dipelajari pada hari tersebut adalah mengenai E-Pembelajaran Spelling Practise Level 3. Kelas berakhir pada jam 12 tengahhari.

 

Lagi Gambar>>

KELAS ANIMASI | MODUL: KREATIF DALAM ANIMASI LIRIK VIDEO

Tarikh    : 01/09/2018
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahhari
Lokasi : Bilik Latihan Pusat Internet Kg. Permatang Sepam 
Peserta : 10 orang 

 

Sabtu. 1 September yang lepas Pusat Internet Kg. Permatang Sepam telah mengadakan kelas animasi bersama-sama pelajar dari Sek. Keb. Seri Jaya. Seramai 10 orang pelajar telah mengikuti kelas animasi pada hari itu. Kelas atas talian yang berlangsung selama 3 jam itu telah menggunakan laman sesawang www.animaker.com untuk membuat lirik video animasi. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif dalam menghasilkan video animasi.

 

Lagi Gambar>>

DASHBORD KOMUNITI: MODUL MY SHOP

Tarikh    : 16/08/2018
Masa : 3.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : Bilik Latihan Pusat Internet Kg. Permatang Sepam 
Peserta : 1 orang 

 

Khamis, 16 Ogos yang lalu seorang usahawanita Puan Erniza Bte Mohd Razip telah datang ke Pusat Internet Kg. Permatang Sepam, Benut untuk muat naik produk beliau ke dalam My Shop. Antara produk yang telah di muatnaik oleh beliau adalah kerepek sukun dan kerepek tempe.

 

PERTANDINGAN BIJAK MATEMATIK PELAJAR SEKOLAH RENDAH

Tarikh    : 17/08/2018
Masa : 9.30 pagi - 12.00 tengahhari
Lokasi : Bilik Latihan Pusat Internet Kg. Permatang Sepam 
Peserta : 10 orang 

 

Jumaat, 17 Ogos yang lepas seramai 10 orang pelajar dari Sek. Keb. Seri Jaya telah mengikuti satu program di Pusat Internet Kg. permatang Sepam, Benut. Program yang dianjurkan adalah Pertandingan Bijak Matematik secara atas talian. Antara laman sesawang yang digunakan dalam pertandingan tersebut adalah www.gamexl.com.my dan www.mindgames.com.my. Tujuan diadakan program ini adalah melatih para peserta lebih mahir menggunakan komputer dan lebih bijak dalam pengiraan matematik.

 

Lagi Gambar>>

SANTAI BERSAMA DASHBOARD KOMUNITI

Tarikh    : 10/08/2018
Masa : 11.00 pagi - 12.00 tengahhari
Lokasi : Bilik Latihan Pusat Internet Kg. Permatang Sepam 
Peserta : 4 orang 

 

Jumaat, 10 ogos yang lepas telah diadakan aktiviti Santai Bersama Dashboard Komuniti di Pusat Internet Kg. Permatang Sepam, Benut. Antara aktiviti yang dilakukan adalah, menjawab soalah Kuiz Dashboard Komuniti, melayari Dashboard Komunti dan menyertai pertandingan Bijak Teka Jumlah dalam My Komuniti. Ramai komuniti yang telah menyertai pertandingan ini dan keputusan pemenang juga telah diumumkan.