KELAS PERMAINAN PENDIDIKAN BERSAMA PELAJAR TADIKA KELAS 2
Khamis, 16 Mac adalah Kelas Mingguan bagi pelajar Tadika Kelas 2 Kg.Permatang Sepam. Aktiviti yang dijalankan adalah kelas asas komputer menggunakan medium latihan secara atas talian dikenali sebagai Permainan Pendidikan. Tujuannya adalah melatih para pelajar mahir akan asas penggunaan tetikus semasa kelas sedang dijalankan.
KELAS ASAS KOMPUTER BERSAMA PELAJAR TADIKA 1 KG.PERMATANG SEPAM
Selasa, 7 Mac adalah Kelas Mingguan bagi pelajar Tadika Kelas 1 Kg.Permatang Sepam. Aktiviti yang dijalankan adalah kelas asas komputer menggunakan medium latihan secara atas talian dikenalai sebagai Permainan Pendidikan. Tujuannya adalah melatih para pelajar mahir akan asas penggunaan tetikus semasa kelas sedang dijalankan.
PROGRAM JOM DASHBOARD KOMUNITI & KEUSAHAWANAN 2016
Pada hari Khamis,24 Nov 2016 yang lepas bertempat di Perpustakaan Awam Pontian telah dijalankan satu program iaitu "Program Jom Dashboard Komuniti & Keusahawanan 2016".Program tersebut diadakan adalah untuk memperkenalkan dashboard komuniti kepada seluruh masyarakat terutama di daerah Pontian.Dashboard Komuniti adalah satu aplikasi khas yang dibina untuk kegunaan komuniti setempat. Ia diambil kira keperluan komuniti setempat dari segi perhubungan,pembelajaran,kesihatan,perniagaan dan pentadbiran.Penggunaan aplikasi ini diharapkan dapat meningkatkan taraf sosio ekonomi setempat dan secara tidak langsung dapat merapatkan jurang digital antara komuniti bandar dan luar bandar.
Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program ini ialah Kenali Dashboard (Taklimat & Penerangan Video Dashboard),Kuiz & Puzzle Dashboard, Taklimat Keusahawanan Online, Taklimat & Penerangan video e-waste (Kuiz & Puzzle), Kempen Kesedaran & Keselamatan Internet (KDB), Pemeriksaan Kesihatan (MyHealth), Pameran & juga Jualan. Dibawah ini disertakan gambar semasa aktiviti tersebut dijalankan.
Berikut adalah senarai laporan aktiviti yang dijalankan pada bulan Oktober 2016
SENARAI AKTIVITI |
LAPORAN | GAMBAR |
Tajuk:MICROSOFT OFFICE(Modul : Publisher)Pelajar Tadika Kg Permatang Sepam Tujuan: Pengenalan asas penggunaan MS Office Publisher kepada pelajar Tadika Kemas Kg Permatang Sepam. Tujuan pembelajaran Publisher ialah untuk menggalakkan dan mengembangkan bakal kanak-kanak dalam kemahiran mencipta dan membina kad ucapan hari lahir. Pelajar diajar membuka Publisher, memilih kad yang bersesuaian serta tool yang terdapat dalam Ms Publisher |
Laporan Aktiviti | Gambar |
ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI(Modul: Google Drive & Email) Pelajar GiatMara Sesi 2016 |
Laporan Aktiviti | Gambar |
ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI(Modul: Google Drive & Email) Pelajar GiatMara Sesi 2016 Tujuan: Merupakan asas kepada modul Latihan Keusahawanan. Ini kerana bagi melaksanakan modul keusahawanan peserta perlu mempunyai Email dan tahu fungsi email dalam penggunaan aplikasi laman social dan bagi membina blog peserta sendiri. |
Laporan Aktiviti | Gambar |