MODUL: E-PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENAIP

Tarikh    : 08/11/2018
Masa : 11.00 pagi - 12.00 tengahhari
Lokasi : Bilik Latihan Pusat Internet Kg. Permatang Sepam 
Peserta :  8 orang 

 

Khamis, 8 November yang lalu seramai 8 orang pelajar daripada Tabika Kemas Kg. Permatang Sepam telah hadir ke kelas komputer mingguan di Pusat Internet Kampung Permatang Sepam. Antara modul yang dipelajari pada hari tersebut adalah mengenai E-Pembelajaran kemahiran menaip di typing.com dan kelas berakhir pada jam 12 tengahhari.

 

Lagi Gambar>>

KEYBOARD WARRIOR

Tarikh    : 26/10/2018
Masa : 2.30 petang - 5.30 petang
Lokasi : Bilik Latihan Pusat Internet Kg. Permatang Sepam 
Peserta :  4 orang 

 

Rabu, 31 Oktober yang lalu telah diadakan kelas keyboard warrior. Tujuan kelas diadakan kelas tersebut adalah untuk melatih pelajar mahir menggunakan papan kekunci.

 

Lagi Gambar>>

KELAS BIJAK MENAIP

Tarikh    : 31/10/2018
Masa : 2.30 petang - 5.30 tengahhari
Lokasi : Bilik Latihan Pusat Internet Kg. Permatang Sepam 
Peserta :  2 orang 

 

Rabu, 31 Oktober yang lepas 2 orang pelajar cilik yang berumur lingkungan 4 tahun telah mengikuti kelas bijak menaip yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kg. Permatang Sepam.  Tujuan diadakan kelas tersebut adalah untuk melatih para pelajar kemahiran menaip dan sekaligus mengenal huruf yang terdapat di papan kekunci komputer. 

 

MODUL: KREATIF LOGO DENGAN CANVA

Tarikh    : 26/10/2018
Masa : 2.30 petang - 5.30 petang
Lokasi : Bilik Latihan Pusat Internet Kg. Permatang Sepam 
Peserta :  6 orang 

 

Jumaat, 26 Oktober yang lepas Pusat Internet Kg Permatang Sepam telah mengadakan kelas mencipta logo menggunakan aplikasi atas talian iantu canva.com. Seramai 6 orang pelajar telah mengikuti kelas yang berlangsung selama 2 jam itu. Sepanjang kelas berlangsung mereka telah diajar teknik membuat logo yang kreatif dan menarik.

 

Lagi Gambar>>

 

MODUL DASHBOARD DIHATIKU

Tarikh    : 26/10/2018
Masa : 09.30 pagi - 12.30 tengahhari
Lokasi : Bilik Latihan Pusat Internet Kg. Permatang Sepam 
Peserta :  6 orang 

 

Jumaat, 26 Oktober yang lalu telah diadakan kelas Dashboard Komuniti: Modul Dashboard Dihatiku di Pusat Internet Kg. Permatang Sepam, Benut. Seramai 6 orang pelajar daripada Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Jaya telah mengikuti program tersebut.

 

Lagi Gambar>>