JOM SIHAT: AKTIVITI CIPTA MENU SIHAT
Tarikh | : | 12/12/2018 |
Masa | : | 10.30 pagi - 12.30 tengahhari |
Lokasi | : | Bilik Latihan Pusat Internet Kg. Permatang Sepam |
Peserta | : | 8 orang |
Rabu, 12 Disember lalu Pusat Internet Kg.Permatang Sepam telah mengadakan aktiviti Cipta Menu Sihat sempena Program Jom Sihat. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk melatih pengguna mahir akan komputer dan kreatif dalam menghasilkan poster menggunakan laman sesawang canva.com.
JOM SIHAT: AKTIVITI MEWARNA KATEGORI DEWASA
Tarikh | : | 11/12/2018 |
Masa | : | 10.00 pagi - 12.30 tengahhari |
Lokasi | : | Bilik Latihan Pusat Internet Kg. Permatang Sepam |
Peserta | : | 6 orang |
Selasa, 11 Disember yang lepas telah diadakan aktiviti mewarna bagi kategori dewasa untuk Program Jom Sihat. Seramai 6 orang peserta telah menyertai pertandingan itu. Tujuan diadakan aktiviti ini adalah untuk meninjolkan bakat-bakat para peserta dalam mewarna lukisan.
KEYBOARD WARRIOR
Tarikh | : | 26/10/2018 |
Masa | : | 2.30 petang - 5.30 petang |
Lokasi | : | Bilik Latihan Pusat Internet Kg. Permatang Sepam |
Peserta | : | 4 orang |
Rabu, 31 Oktober yang lalu telah diadakan kelas keyboard warrior. Tujuan kelas diadakan kelas tersebut adalah untuk melatih pelajar mahir menggunakan papan kekunci.
MODUL: E-PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENAIP
Tarikh | : | 08/11/2018 |
Masa | : | 11.00 pagi - 12.00 tengahhari |
Lokasi | : | Bilik Latihan Pusat Internet Kg. Permatang Sepam |
Peserta | : | 8 orang |
Khamis, 8 November yang lalu seramai 8 orang pelajar daripada Tabika Kemas Kg. Permatang Sepam telah hadir ke kelas komputer mingguan di Pusat Internet Kampung Permatang Sepam. Antara modul yang dipelajari pada hari tersebut adalah mengenai E-Pembelajaran kemahiran menaip di typing.com dan kelas berakhir pada jam 12 tengahhari.
MODUL: KREATIF LOGO DENGAN CANVA
Tarikh | : | 26/10/2018 |
Masa | : | 2.30 petang - 5.30 petang |
Lokasi | : | Bilik Latihan Pusat Internet Kg. Permatang Sepam |
Peserta | : | 6 orang |
Jumaat, 26 Oktober yang lepas Pusat Internet Kg Permatang Sepam telah mengadakan kelas mencipta logo menggunakan aplikasi atas talian iantu canva.com. Seramai 6 orang pelajar telah mengikuti kelas yang berlangsung selama 2 jam itu. Sepanjang kelas berlangsung mereka telah diajar teknik membuat logo yang kreatif dan menarik.