AKTIVITI PKK KEMAS MINGGUAN (PULUT MANGGA)

Selasa, 14 November Jiran Wanita Kampung Permatang Palas, Benut mengadakan aktiviti mingguan mereka iaitu memasak. Menu pada minggu tersebut adalah Pulut Mangga. Setiap orang dapat merasai pengalaman menghasilkan sendiri kuih tersebut. Kelas berakhir pada jam 4.00 petang.

 

Lagi Gambar>>

AKTIVITI PKK KEMAS MINGGUAN (KEK HOKAIDO)

Selasa, 21 November telah diadakan aktiviti mingguan antara PKK Kemas dan Jiran Wanita Kampung Permatang Palas, Benut di Balai Islam Kampung Permatang Palas, Benut. Pada hari tersebut mereka telah membuat Kek Hokaido iaitu kek daripada Negara Jepun. Seramai 10 orang telah menyertai aktiviti ini dan berpeluang mencuba untuk menghias kek tersebut. Aktiviti berakhir pada jam 4.00 petang.

Lagi Gambar>>

BANTUAN ASNAF RAKYAT JOHOR 2017

Selasa, 8 November telah diadakan satu program iaitu Program Kasihi Rakyat Johor Tahun 2017. Program ini diadakan adalah untuk membantu rakyat negeri Johor dengan memberi sumbangan Asnaf kepada warga emas. Program yang diadakan di Dewan Seri Berkembar Pagoh ini berakhir pada jam 12.00 tengahhari.

AKTIVITI PEMBERSIHAN KELAS DIBALAI ISLAM KG.PERMATANG PALAS

Selasa, 8 Ogos Kelas PPK kemas telah menjalankan satu aktiviti iaitu Pembersihan Kelas di Balai Islam Kampung Permatang Palas,Benut dan aktiviti yang bermula pada jam 3.00 petang berakhir pada jam 4.00 petang.

Lagi Gambar>>

AKTIVIT PKK KEMAS BERSAMA KRT JIRAN WANITA

Selasa, 7 November Kelab Rukun Tetangga (KRT) Jiran Wanita bersama PKK Kemas telah membuat aktiviti mingguan mereka iaitu memasak. Menu pada hari tersebut adalah Kuih Apam Balik dan setiap mereka yang hadir dapat mencuba membuat kuih untuk diri masing-masing sehingga kelas tamat iaitu pada jam 4 petang.