KELAS MEMBUAT PASU BUNGA MENGGUNAKAN SIMEN
Sepanjang bulan mac yang lepas, AJK Jiran Wanita Kampung Permatang Palas bersama Unit Pendidikan Kemahiran KEMAS telah membuat pelbagai aktiviti mingguan.Antara aktiviti yang telah dijalanka salah satunya adalah Kelas Membuat Pasu Bunga Menggunakan Simen.Syabas kepada peserta yang mengikuti program tersebut.
Marhaban Di Aidilfitri
Apa Maksud Marhaban ? Marhaban " merupakan istilah yang diambil dari BAHASA ARAB..Ianya berasal dari akar kata " rahiba " yang bererti selamat datang. Di negeri Johor Marhaban juga dikenali sebagai "BARAAN" aktviti ini sangat sinonim setiap kali menjelang bulan Syawal. Kumpulan marhaban ini dibahagikan mengikut kategori iaitu kumpulan lelaki, wanita dan kanak-kanak.
Tidak ketinggalan juga di Kampung Permatang Sepam, aktiviti ini juga dilakukan pada setiap tahun dan sudah menjadi satu kemestian mereka berkunjung dari rumah ke rumah sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.Ternyata kemeriahan ini sentiasa dikekalkan dari satu generasi ke generasi yang seterusnya supaya tak luput dek zaman.
Pada Syawal yang ke-8 Kumpulan Wanita Kg Permatang Sepam telah mengadakan Marhaban sempena Aidilfitri 1436H.Aktiviti Marhaban ini telah dilakukan dari jam 8.30 pagi hingga jam 6 petang. Kumpulan Marhaban yang terdiri daripada kumpulan Wanita dan kanak-kanak mulai berkunjung dari sebuah rumah ke rumah yang lain dan biasanya sedikit juadah disediakan oleh tuan rumah sebagai tanda kasih menyambut kunjungan kumpulan marhaban ini.
Program Menjelang Ramadhan & Syawal 1436H/2015M
Sempena bulan Ramadhan 2015 Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu Pergerakan Wanita UMNO Cawangan Permatang Sepam mengadakan satu aktiviti iaitu PROGRAM MENJELANG RAMADHAN & SYAWAL pada 9 Jun 2015.
Antara program yang akan dijalankan pada bulan Ramadhan adalah:
1. Program Budaya Al-Quran di Surau Al Hidayah (19 Jun,2015 Jumaat)
2. Program Tadarus/Khatam Al Quran sekampung Di Masjid Kg.Permatang Sepam (30 Jun,2015 Selasa)
3. Ziarah Terawih di Surau Al Hidayah (22 Jun,2015 Isnin)
4. Ziarah Terawih di Surau An Nur (25 Jun,2015 Khamis)
5. Program tadarus dan Khatam Quran Wanita di Surau An Nur (4 Julai, 2015 Sabtu)
6. Ziarah terawih di Surau Al Jannah (5 Julai,2015 Sabtu)
Antara program yang akan dijalankan pada bulan Syawal Adalah:
1. Marhaban wanita dari rumah ke rumah (24 Julai,2015 Jumaat)