PROGRAM GOTONG-ROYONG RAMADHAN AL-MUBARAKH
Jumaat, 19 Mei Persatuan Belia & Wanita Kampung Permatang Sepam telah mengadakan Program Gotong-Royong Ramadhan Al-Mubarakh sempena menyambut bulan puasa tahun ini. Antara aktiviti yang dilakukan adalah membersihkan kawasan kampung, membersihkan kawasan tanah perkuburan, memperbetulkan & memperbaharui pagar, mengecat tembok, membersihkan kawasan luar dan dalam surau dan sebagainya. Program yang bermula seawal jam 8 pagi berakhir pada jam 12 tengahhari.
PROGRRAM OUTDOOR KWSPD : MINI SUKANNEKA
8 April, Kelab Wanita Sergep Permatang Duku (KWSPD) telah mengadakan satu aktiviti outdoor yang bertempat di Pantai rekreasi Punggur, Senggarang Batu Pahat. Seramai lebih kurang 50 orang terlibat dalam menjayakan aktiviti tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan adalah acara mini sukanneka dan Jrobik yang bertujuan sebagai senaman memenuhi gaya hidup sihat. Tujuan diadakan program itu adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli selain dapat beriadah dan bersantai bagi memenuhi aktiviti di hujung minggu.
AKTIVIVTI KELAS PKK KEMAS KG PERMATANG PALAS: MEMBUAT AGAR OREO
Selasa, 4 April Persatuan Kejiranan Wanita Kg Permatang Palas telah mengadakan aktiviti memasak dibawah seliaan Kelas PKK Kemas. Aktiviti mingguan yang diadakan setiap hari Selasa ini diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara wanita kampung dan mengisi masa lapang.Selain itu golongan wanita ini juga dapat berkongsi resepi dan idea bagi menjana pendapatan usahawaniti yang meniaga secara kecil-kecilan.
AKTIVITI KELAS PKK KEMAS KG PERMATANG PALAS: MEMBUAT APAM PISANG
Selasa, 11 April Persatuan Kejiranan Wanita Kg Permatang Palas telah mengadakan aktiviti memasak dibawah seliaan Kelas PKK Kemas. Aktiviti yang diadakan setiap minggu iaitu pada hari Selasa ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara wanita kampung dan mengisi masa lapang.Selain itu golongan wanita ini juga dapat berkongsi resepi dan idea bagi menjana pendapatan usahawaniti yang meniaga secara kecil-kecilan.
PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT
Bulan Mac yang lepas Jiran Wanita KRT Kg.Permatang Palas telah menganjurkan satu program anjuran bersama Unit Pendidikan Kemahiran KEMAS (UPKK) Parlimen Pontian iaitu Program Gaya Hidup Sihat. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Ceramah mengenai Gaya Hidup Sihat, Gubahan Pulut Kuning dan Senaman Aerobik.