PROGRAM E-REZEKI USAHAWANITA

Jumaat, 20 Oktober yang lepas telah diadakan Program E-Rezeki kepada komoniti setempat yang terdiri daripada golongan wanita. Program ini diadakan adalah untuk membantu mereka menjana pendapatan sendiri melalui Program E-Rezeki. Program yang dihadiri seramai 10 orang ini berakhir pada jam 12.30 tengahhari.

 

Lagi Gambar>>

PROGRAM KONVOI BERMOTOR & PELANCARAN NEGARAKU SEHATI SEJIWA PEJABAT PENERANGAN BATU PAHAT BERSAMA KRT PERMATANG PALAS

Ahad, 6 Ogos yang lepas telah berlangsungnya Program Konvoi Bermotor & Pelancaran Negaraku Sehati Sejiwa Anjuran Bersama Pejabat Penerangan Batu Pahat dan KRT Permatang Palas. Tujuan diadakan program ini adalahuntuk menaikkan semangat kemerdekaan dikalangan anak-anak muda bersempena bulan kemerdekaan pada tahun ini.

Lagi Gambar>>

BARAAN TADIKA PRASEKOLAH SK.SERI JAYA,BENUT

Selasa, 11 Julai Tadika PraSekolah Sekolah Kebangsaan Seri Jaya,Benut telah mengadakan aktiviti Baraan/Marhaban sempena Hari Raya Aidilfitri 2017. Tujuan diadakan aktiviti adalah untuk mengeratkan silaturrahim sesama masyarakat setempat di samping mengukuhkan ikatan ukhwah sesama ummat Islam.

Lagi Gambar>>

KURSUS KOSPEN DAN BENGKEL MOVES KOSPEN DI KLINIK KESIHATAN PONTIAN

Ahad, 23 Julai yang lepas Kospen Permatang Palas telah mengikuti Kursus dan Bengkel Moves Kospen di Klinik Kesihatan Pontian. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Ceramah dan Pemeriksaan Kesihatan daripada pekerja Klinik Kesihatan Pontian.

 

Lagi Gambar>>

MJLIS KHATAM AL-QURAN HELWA KG.PERMATANG PALAS, BENUT

Jumaat,16 Jun yang lepas telah diadakan Majlis Tadarus & Khatam Al-Quran Wanita di Kg Permatang Palas,Benut. Majlis yang diadakan pada setiap bulan Ramadhan ini sentiasa mendapat sambutan yang menggalakkan bagi kaum wanita di kampung itu selain dapat merapatkan hubungan silaturrahim sesama jiran tetangga.

  

Lagi Gambar>>