KELAS ASAS PAPAN KEKUNCI KOMPUTER
Tarikh | : | 10/02/2018 |
Masa | : | 9.30 pagi - 12.30 tengah hari |
Lokasi | : | Bilik Latihan PEDi Kg Permatang Sepam |
Peserta | : | 2 orang |
Sabtu, 10 Februari yang lepas Adik Nur Dania Sofea telah hadir ke Pusat Ekonomi Digital Kg. Permatang Sepam, Benut untuk mengikuti kelas Asas Komputer disini. Antara kelas asas yang beliau belajar adalah kelas asas papan kekunci.kelas yg bermula pada jam 9.30 pagi berakhir pada jam 12.30 tengahhari.
KELAS E-PEMBELAJARAN: MODUL KEYBOARD TYPING
Tarikh | : | 14/02/2018 |
Masa | : | 9.30 pagi - 12.30 tengah hari |
Lokasi | : | Bilik Latihan PEDi Kg Permatang Sepam |
Peserta | : | 2 orang |
Rabu, 14 Februari yang lepas Pusat Ekonomi Digital Kg. Permatang Sepam telah mengadakan kelas E-Pembelajaran kepada pelajar yang berusia antara 4 tahun hingga 6 tahun. Kelas yang disertai oleh 2 orang pelajar ini telah mengikuti modul keyboard typing selama 2 jam. Tujuan diadakan kelas tersebut adalah untuk melatih dan memberi pendedahan kepada anak-anak asas penggunaan komputer sejak dari mereka kecil lagi.
KELAS E-PEMBELAJARAN: SUSUN ABC
Tarikh | : | 20/02/2018 |
Masa | : | 9.30 pagi - 12.30 tengah hari |
Lokasi | : | Bilik Latihan PEDi Kg Permatang Sepam |
Peserta | : | 2 orang |
Selasa, 20 Februari yang lepas telah diadakan kelas e-pembelajaran : susun ABC di Pusat Ekonomi Digital Kg. Permatang Sepam yang disertai oleh adik Nur Dayana Sofea dan adik Muhammad Zairell Ashraf. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pelajar asas mengenali huruf ABC supaya mereka lebih mudah faham untuk menggunakan komputer. Modul latihan yang digunakan adalah daripada abcya.com.
KELAS MICROSOFT WORD
Tarikh | : | 18/02/2018 & 19/02/2018 |
Masa | : | 9.30 pagi - 12.30 tengah hari |
Lokasi | : | Bilik Latihan PEDi Kg Permatang Sepam |
Peserta | : | 2 orang |
Pada 18 & 19 Februari yang lalu Pusat Ekonomi Digital telah mengadakan kelas Asas Komputer iaitu kelas Microsoft Word. Antara modul yang dipelajari pada hari tersebut adalah asas menaip karangan dan menaip surat. Tujuan diadakan kelas adalah untuk memberi pendedahan menaip surat dan membuat kertas kerja.
SEMBANG DASHBOARD KOMUNITI: MODUL MY KOMUNITI
Tarikh | : | 17/03/2018 |
Masa | : | 9.30 pagi - 11.30 tengah hari |
Lokasi | : | Bilik Latihan PEDi Kg Permatang Sepam |
Peserta | : |
9 orang |
Sabtu, 17 Mac yang lepas telah diadakan aktiviti iaitu Sembang Dashboard Komuniti di Pusat Ekonomi Digital Kg. Permatang Sepam, Benut. Modul yang digunakan pada kelas tersebut adalah Modul My Komuniti dimana 9 orang pelajar telah menyertainya. Kelas berakhir pada jam 11.30 pagi.