KELAS SIHAT BERSAMA MY HEALTH

Tarikh    : 02/02/2018
Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengah hari
Lokasi : Bilik Latihan PEDi Kg Permatang Sepam
Peserta : 15 orang


Jumaat, 2 Februari telah diadakan kelas sihat bersama my health yang diadakan di Pusat Ekonomi Digital Kg. Permatang Sepam yang lalu. Seramai 15 orang pelajar terdiri daripada golongan ibu-ibu dan anak-anak telah mengikuti kelas ini. Tujuan diadakan kelas ini adalah untuk mengajar mereka bagaimana menggunakan aplikasi My Health di Dashboard Komuniti. Kelas berakhir pada jam 12 tengahhari.

Lagi Gambar>>

KELAS JOM JALAN-JALAN DENGAN MY PLACE

Tarikh    : 03/02/2018
Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengah hari
Lokasi : Bilik Latihan PEDi Kg Permatang Sepam
Peserta : 10 orang

Sabtu, 3 Februari yang lepas Pusat Ekonomi Digital Kg. permatang Sepam telah mengadakan kelas jom jalan-jalan bersama my place. Seramai 10 orang pelajar telah mengikuti kelas ini. Tujuan kelas ini diadakan adalah supaya pengguna lebih mahir untuk menggunakan aplikasi my place semasa melayari dashboad komuniti dan aplikasi dahboard komuniti.

Lagi Gambar>>

 

KELAS ASAS PAPAN KEKUNCI KOMPUTER

Tarikh    : 10/02/2018
Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengah hari
Lokasi : Bilik Latihan PEDi Kg Permatang Sepam
Peserta : 2 orang

 

Sabtu, 10 Februari yang lepas Adik Nur Dania Sofea telah hadir ke Pusat Ekonomi Digital Kg. Permatang Sepam, Benut untuk mengikuti kelas Asas Komputer disini. Antara kelas asas yang beliau belajar adalah kelas asas papan kekunci.kelas yg bermula pada jam 9.30 pagi berakhir pada jam 12.30 tengahhari.

 

KELAS E-PEMBELAJARAN: ASAS GERAKAN TETIKUS

Tarikh    : 10/02/2018
Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengah hari
Lokasi : Bilik Latihan PEDi Kg Permatang Sepam
Peserta : 2 orang


Sabtu, 10 Februari telah diadakan kelas E-Pembelajaran iaitu asas gerakan tetikus bagi pelajar berusia 4 tahun hingga 6 tahun. Adik Nur Dayana Sofea dan adik Muhammad Zairell Ashraf telah menhadirkan diri ke Pusat Ekonomi Digital Kg. Permatang Sepam untuk belajar asas komputer disini.

KELAS E-PEMBELAJARAN: MODUL KEYBOARD TYPING

Tarikh    : 14/02/2018
Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengah hari
Lokasi : Bilik Latihan PEDi Kg Permatang Sepam
Peserta : 2 orang


Rabu, 14 Februari yang lepas Pusat Ekonomi Digital Kg. Permatang Sepam telah mengadakan kelas E-Pembelajaran kepada pelajar yang berusia antara 4 tahun hingga 6 tahun. Kelas yang disertai oleh 2 orang pelajar ini telah mengikuti modul keyboard typing selama 2 jam. Tujuan diadakan kelas tersebut adalah untuk melatih dan memberi pendedahan kepada anak-anak asas penggunaan komputer sejak dari mereka kecil lagi.