KELAS KLIK DENGAN BIJAK- MODUL TEKNOLOGI DAN ANDA

Tarikh    : 09/04/2018
Masa : 2.00 petang - 3.00 petang
Lokasi : Bilik Latihan PEDi Kg Permatang Sepam
Peserta : 10 orang

 

Isnin, 9 April yang lepas telah diadakal kelas KLik Dengan Bijak di Pusat Ekonomi Digital Kg. Permatang Sepam, Benut. Modul yang dipelajari pada hari tersebut adalah mengenai Teknologi Dan Anda ssrta erdapat juga Kuiz Kahoot Online. Seramai 10 orang pelajar telah mengikuti kelas pada hari itu.

Lagoi Gambar>>

HARI BERSAMA KOMUNITI DAN JOM KLIK DENGAN BIJAK

Tarikh    : 26/04/2018
Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengahhari
Lokasi : Dewan Terbuka Kg. Permatang Sepam, Benut, Pontian, Johor
Peserta : 280 pengunjung

 

Khamis, 26 April yang lalu telah diadakan Hari Bersama Komuniti Dan Klik Dengan Bijak di Pusat Ekonomi Digital Kg. Permatang Sepam. Program gabungan 4 Pusat Ekonomi Digital ini telah dirasmikan oleh Penghulu Mukim benut iaitu En.Hairul Bin Hamid. Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya taklimat Klik Dengan Bijak, Taklimat Sebenarnya.my, Pemeriksaan Kesihatan, pertandingan mewarna, pertandingan gubahan, pertandingan masakan, sukaneka, cabutan bertuah, jualan produk Industri kecil dan Sederhana (IKS) dan sebagainya.

Lagi Gambar>>

KELAS E-PEMBELAJARAN

Tarikh    : 03/05/2018
Masa : 11.00 pagi - 12.00 tengahhari
Lokasi : Bilik Latihan PEDi Kg Permatang Sepam
Peserta : 10 orang

 

Khamis, 3 Mei yang lepas telah diadakan kelas e-pembelajaran kepada para pelajar Tabika Kemas Kg. Permatang Sepam, Benut. Kelas yang diadakan pada setiap minggu ini telah disertai seramai 10 orang pelajar dan modul latihan yang digunakan adalah aplikasi laman sesawang www.abcya.com.

Lagi Gambar>>

KELAS LATIHAN KEUSAHAWANAN: APLIKASI MEDIA SOSIAL

Tarikh    : 18/05/2018
Masa : 9.30 pagi - 11.30 tengahhari
Lokasi : Bilik Latihan PEDi Kg Permatang Sepam
Peserta : 1 orang

 

Jumaat, 18 Mei telah diadakan Kelas Latihan Keusahawanan di Pusat Ekonomi Digital Kg Permatang Sepam. Modul yang telah dipelajari pada hari itu adalah berkenaan membina laman "fb page" menggunakan facebook.com. Selain dari itu, usahawanita tersebut telah mempelajari berkenaan aplikasi whatsapp menggunakan telefon bimbit. Tujuan beliau mengikuti kelas tersebut adalah untuk mempelajari kaedah mempromosikan produk melalui aplikasi dalam talian internet.

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK SEKOLAH RENDAH

Tarikh    : 16/05/2018
Masa : 8.00 pagi - 10.00 pagi
Lokasi : Bilik Makmal Komputer Sek. Ren. Keb. Seri Bahagia, Kg. Lubuk Sipat, Benut
Peserta : 87 orang

 

Rabu, 16 Mei yang lalu Pusat Ekonomi Digital Kg Permatang Sepam & Pusat Ekonomi Digital Sg. Pinggan telah membuat Program Klik Dengan Bijak bersama para pelajar daripada Sekolah Rendah Seri Bahagia, Kg. Lubuk Sipat, Benut. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut adalah Taklimat Klik Dengan Bijak dan Kuiz kepada para pelajar.

Lagi Gambar>>